raden | (radén) Jw 1. gelaran putera dan puteri raja; 2. panggilan atau sebutan keturunan raja (yg sudah jauh); ~ ajeng gelaran anak perempuan bangsawan; ~ ayu gelaran wanita bangsawan (yg telah bersuami); ~ mas gelaran anak laki-laki bangsawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Datin | 1 gelaran bagi isteri Datuk. 2 gelaran kehormatan bagi perempuan yg setaraf dgn gelaran Datuk: ~ Fatimah ialah menteri wanita yg pertama di Malaysia. ~ Paduka; ~ Seri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Datin | gelaran bagi isteri seseorang yg telah dianugerahi gelaran kehormatan Datuk (atau Dato’); ~ Seri gelaran bagi isteri seseorang yg bergelar Datuk Seri (Dato’ Seri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Datin | 1. gelaran bagi isteri Datuk. 2. gelaran kehormatan bagi perempuan yg setaraf dgn gelaran Datuk: ~ Fatimah ialah menteri wanita yg pertama di Malaysia. ~ Paduka; ~ Seri. | Kamus Pelajar |
tengku | gelaran bangsawan Melayu utk anak raja atau utk orang-orang yg berketurunan raja. ~ ampuan gelaran utk permaisuri sultan di beberapa buah negeri. ~ mahkota gelaran utk anak raja (di beberapa buah negeri) yg bakal menjadi sultan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Datuk II | 1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasanya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temenggung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
busana | 1. pakaian yg lengkap dan indah-indah, perhiasan; 2. sl sj gelaran; Nara B~ gelaran batin Candan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merah | sl 1. gelaran utk raja-raja kecil (penghulu); 2. (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn lakilaki biasa, marah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Dato’ | gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Seri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri, kecuali Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Sri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Sultan Pahang kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tituler | (titulér) IB mempunyai gelaran tetapi tidak menjalankan tugas yg terkandung dlm gelaran tersebut; jenderal ~ bergelar jenderal tetapi bukan pegawai dlm tentera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |