Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.gur] | ݢوݢور

Definisi : 1. jatuh, luruh (buah dll): buah yg tak ~-~; 2. jatuh sebelum masak (buah-buahan); 3. lahir sebelum cukup bulan (anak kecil): anak ~; 4. runtuh (tanah dll); 5. mati (terkorban) dlm pertempuran: telah banyak pahlawan Kedah yg ~; 6. hilang, habis (hak dll): kalau sesebuah negara tidak membayar hutangnya sampai dua tahun lamanya akan ~ haknya utk mengundi dlm majlis perhimpunan agung; ~ hati jatuh hati, jatuh cinta; ~ talak jatuh talak (diceraikan); bunga ~, putik pun ~ prb setiap yg hidup akan mati (dgn tidak memandang umur); berguguran gugur dgn banyaknya: papan dinding rumahnya ~ jatuh berkeping-keping kerana sudah tua; menggugurkan 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut;keguguran 1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg sedang ~ daun; 2.melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn tidak sengaja): isterinya ~;pengguguran perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggugurkan: ~ kata ‘dari’ pd ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis; ~ tuntutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gur] | ݢوݢور

Definisi : 1 jatuh dr pohon (ttg buah, daun dsb); luruh: Buah durian sudah mula ~. 2 lahir sebelum masanya (ttg anak dlm kandungan dan anak tsb meninggal dunia). 3 mati (terkorban) dlm peperangan: Dlm pertempuran itu, seorang tentera kita telah ~. 4 hilang (ttg hak): Seseorang itu akan ~ keahliannya jika ia tidak menjelaskan yuran tiga bulan berturut-turut. ~ hati terpikat pd seseorang; jatuh cinta pd seseorang; jatuh hati. ~ talak menjadi bercerai kerana dilafazkan cerai (didapati sabit oleh kadi dsb). berguguran gugur dgn banyaknya: Daun kering ~. menggugurkan 1 menyebabkan gugur; menjatuhkan: Seekor kera sedang ~ buah jambu ke dlm sungai. 2 sengaja mengeluarkan anak dr kandungan sebelum cukup tempohnya (lalu anak tsb meninggal dunia). 3 tidak dibenarkan utk terus menyertai sesuatu pasukan (pertandingan dll): Pemain itu telah digugurkan drpd pasukannya kerana enggan mengikuti latihan. keguguran 1 melahirkan anak sebelum masanya dgn tidak sengaja dan anak tsb meninggal dunia. 2 mengalami kejadian gugur (daun, buah dsb): Pokok-pokok itu ~ daun. 3 hal gugur (terkorban, lucut keahlian dsb): ~nya sbg ahli persatuan itu merupakan satu kehilangan. pengguguran perihal atau perbuatan menggugurkan: ~ huruf p pd awal perkataan itu adalah mengikut peraturan yg ditetapkan. ~ hak atau tuntutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugur

Puisi
 

Hendak gugur gugurlah nangka,
     Jangan menimpa si ranting pauh;
Hendak tidur tidurlah mata,
     Jangan teringat orang yang jauh.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Mumbang jatuh (= runtuh),
     kelapa jatuh (= runtuh).

Bermaksud :

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur).

 

Lihat selanjutnya...(9)

34

Death is better than disgrace

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Death is better than disgrace. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rahat IIgugur dgn banyak (durian): buah durian dlm kampung itu sudah cukup ~ atau memuncak gugurnya; gugur ~ gugur dgn banyaknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
luruh Igugur kerana sudah masak (buah­buahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat; berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), me­ranggas; 2. gugur pd musim luruh (daun), meranggas; meluruhkan menyebabkan luruh, menggugur­kan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata; keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebab­kan ~ rambut.Kamus Dewan Edisi Keempat
luruhgugur kerana sudah masak (bkn buah-buahan); gugur kerana sudah sampai masanya (bkn bulu, daun dll). musim ~ musim daun-daun gugur (antara musim panas dgn musim sejuk). meluruh 1 mula gugur atau luruh (bkn daun-daunan); meranggas. 2 bertukar bulu (bkn ayam dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
gugur rahatgugur dgn banyaknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
rarasMn gugur, luruh; merarasi gugur (luruh) daun semuanya (pohon); laras V.Kamus Dewan Edisi Keempat
gugur talakmenjadi bercerai kerana dilafazkan cerai (didapati sabit oleh kadi dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
gugur hatiterpikat pd seseorang; jatuh cinta pd seseorang; jatuh hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gugur talakjatuh talak (diceraikan);Kamus Dewan Edisi Keempat
keluronJw 1. gugur (anak dlm kandungan); 2. anak gugur.Kamus Dewan Edisi Keempat
rontokJk 1. gugur (buah-buahan, bunga), luruh, (bulu, daun, dll), banyak tanggal (gigi), terkelupas (cat, kulit, dll); musim ~ musim gugur (antara musim panas dan musim dingin); penyakit ~ rambut penyakit yg menyebabkan luruhnya rambut; 2. ki semakin berkurang (kesihatan, tenaga, dll), semakin lemah: semangat perbudakan mulai ~, dan timbul semangat baharu yg semakin lama semakin besar; merontokkan menggugurkan, meluruhkan, menanggalkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas