haru-biru | haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yg dahulunya sangat tenang telah menjadi ~; mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dll), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah ~ suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dsb): yg sangat ~ fikirannya ialah perceraian dgn anaknya; masalah itu ~ fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: ~ yg berlaku dlm mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hara II | sj ikan darat, ara, Osteochilus melanopleura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hara I | ® haru, huru-hara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haru-hara | tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
heboh | /héboh/ bising; gempar; riuh (bunyi suara dll); huru-hara; kacau (keadaan dll). menghebohkan 1 menimbulkan keadaan gempar, riuh dll; membuat bising; membuat riuh, huru-hara dll: Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. 2 menyebabkan (membuat) orang ramai tahu akan sesuatu perkara dan memperkatakannya: Dia dilarang ~ berita angin itu. kehebohan keadaan heboh atau huru-hara; kegemparan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haru-biru | = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haru | ; ~-biru, = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. mengharu 1 mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~nya di hutan belantara itu. 2 mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. mengharukan 1 menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan: Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2 ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. terharu 1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. keharuan keadaan tidak aman; kekacauan. pengharu pengacau; pengganggu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haru | ; ~- biru, = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. mengharu 1. mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~ nya di hutan belantara itu. 2. mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. mengharukan 1. menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan:Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2. ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. terharu 1. berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2. berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. keharuan keadaan tidak aman; kekacauan. pengharu pengacau; pengganggu. | Kamus Pelajar |
heboh | /héboh/ bising; gempar; riuh (bunyi suara dll); huru-hara; kacau (keadaan dll). menghebohkan 1. menimbulkan keadaan gempar, riuh dll; membuat bising; membuat riuh, huru-hara dll: Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. 2. menyebabkan (membuat) orang ramai tahu akan sesuatu perkara dan memperkatakannya: Dia dilarang ~ berita angin itu. kehebohan keadaan heboh atau huru-hara; kegemparan. | Kamus Pelajar |
menghuru-harakan | 1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan: gerila-gerila komunis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keadaan) kelam kabut: kekecohan itu telah ~ mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |