hi-fi | (haifai) set peralatan elektronik (amplifier, penyama, alat pemain dsb) yg boleh memainkan kaset, cakera padat dsb, dan menghasilkan bunyi stereo yg bermutu tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stereo hi-fi | sistem audio dua saluran dgn bunyi yg tinggi mutunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertempuran sengit | perkelahian yg hebat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cium | perbuatan menyedut dgn hidung (utk mengetahui bau atau utk menyatakan kasih sayang). bercium 1 menyedut dgn hidung antara satu dgn yg lain (utk melepaskan rasa rindu, sayang dll): Selepas berpeluk ~ dgn anak-anaknya, beliau pun berangkat pergi. 2 berkucup. bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (antara dua orang utk melepaskan rasa rindu dan sayang); berkucup-kucupan: Mereka berpeluk-pelukan dan ~. mencium 1 menyedut dgn hidung utk mengetahui baunya; menangkap bau dgn hidung: ~ bunga cempaka. 2 meletakkan hidung pd pipi: Ia memeluk dan ~ anak itu. 3 melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu; mengucup. 4 ki mendapat atau mengetahui (sesuatu berita dll): Belum apa-apa lagi, kami sudah dpt ~ maksudnya. menciumi 1 mencium berkali-kali. 2 ki mencari-cari (sesuatu keterangan dsb). menciumkan membiarkan atau menyebabkan dicium: Jururawat tsb telah ~ ubat bius kpd orang sakit itu. tercium 1 (sudah) dicium; tidak sengaja mencium; mendapat bau. 2 ki terdengar khabar; mendapat keterangan. ciuman 1 sedutan dgn hidung; hasil mencium. 2 kucupan. penciuman perbuatan atau hal mencium. pencium 1 pancaindera utk mencium. 2 orang yg mencium. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rinoskopi | pemeriksaan bahagian dalaman hidung utk mengesan penyakit dsb dgn menggunakan rinoskop. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makanan laut | makanan atau hidangan yg bahan utamanya ialah hiduphidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidup-hidup | 1 benar-benar hidup: Kalau tidak pernah melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2 dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghisapan | 1. perihal (perbuatan) menghisap, penyedutan; 2. ki pemerasan, pemerahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghingusi | 1. membuang hingus drpd hidung orang lain, mengesang; 2. ki memperdayakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedar | /sédar/ nama sj pokok malar hijau yg kayunya keras dan digunakan utk membuat pak, pagar dll, Cedrus spp.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |