huruf kecil | huruf yg biasa digunakan, bukan huruf besar (mis, a, b, d, l). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
huruf kecil | huruf yg biasa dipakai (lwn huruf besar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkai bawah(descender) | Bahagian huruf kecil, seperti pada huruf g, j, p, q dan y, yang terlunjur ke bawah garis asas aksara. | Kamus Komputer |
peningkat(ascender) | Bahagian garis rupa huruf yang terunjur setingkat di atas bahagian utama huruf kecil, seperti huruf h, b, dan d. | Kamus Komputer |
spasi | 1. IB jarak antara huruf-huruf atau antara baris huruf: hendak ditaip dgn ~ rangkap; 2. kepingan timah yg kecil-kecil utk merenggangkan huruf atau baris (dlm percetakan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
huruf | lambang bertulis yg digunakan utk menyatakan bunyi dlm sesuatu bahasa; lambang dlm abjad. ~ awal huruf yg pertama dlm sesuatu perkataan. ~ benar huruf selain huruf saksi atau vokal; konsonan (l, s, t dll). ~ besar huruf yg berukuran dan berbentuk khusus, biasanya digunakan sbg huruf pertama bagi perkataan dlm ayat atau huruf pertama pd kata nama khas spt nama orang, nama tempat (mis, A, B, D, L). ~ cap huruf yg ditulis tegak dan tidak bersambung. ~ cetak huruf yg digunakan dlm cetak-mencetak. ~ Jawi huruf Arab yg digunakan utk menulis kata-kata dlm bahasa Melayu. ~ kecil huruf yg biasa digunakan, bukan huruf besar (mis, a, b, d, l). ~ miring (condong) huruf yg miring ke kanan bentuknya. ~ ringkas kependekan (spt KL bagi Kuala Lumpur). ~ Rumi (Roman) huruf menurut abjad Latin (spt a, A, b, B). ~ saksi huruf a, e, i, o, u; vokal. ~ tebal huruf yg dicetak tebal. berhuruf menggunakan huruf; ditulis dgn huruf: Berikan perkataan seerti bagi perkataan-perkataan yg ~ condong dlm ayat-ayat di bawah ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
huruf | lambang dlm sistem bunyi (bahasa) yg daripadanya sesuatu perkataan dlm tulisan dibentuk, lambang-lambang abjad, aksara; buta ~ tidak tahu membaca dan menulis; mata ~ huruf satu demi satu; tahu mata ~ = celik ~ tahu membaca dan menulis; menurut ~ (bkn terjemahan) kata demi kata, harfiah; ~ awal (pangkal) huruf yg pertama pd sesuatu perkataan; ~ balok Id huruf tegak yg tidak bersambung (spt huruf cetak); ~ benar konsonan; ~ besar huruf besar digunakan utk menulis pd permulaan perkataan (pd permulaan ayat, nama orang atau tempat, dll); ~ cap huruf tegak yg tidak bersambung; ~ cetak huruf yg biasa dipakai dlm buku, risalah, dsb yg dicetak; ~ hidup = ~ bunyi = ~ harakah = ~ saksi vokal; ~ Jawi huruf Arab utk menulis kata-kata Melayu; ~ kawi = ~ winggi tulisan Jawa Kuno; ~ kecil huruf yg biasa dipakai (lwn huruf besar); ~ lepas huruf yg tidak disambungkan (dirangkai-rangkaikan); ~ mad Ar huruf-huruf (alif, wau, dan ya) sbg tanda bacaan yg panjang; ~ mati huruf benar; ~ miring huruf cetak yg ditulis miring; ~ ringkas kependekan (spt KL utk Kuala Lumpur); ~ Rumi (Rumawi) huruf spt yg digunakan dlm tulisan Rumi bahasa Melayu (yakni A, B, C, D, dan seterusnya); ~ sambung huruf yg dirangkai-rangkaikan; ~ tebal huruf cetak yg tebal dakwatnya; ~ tulis huruf yg biasa dipakai dlm tulis-menulis; berhuruf memakai huruf, yg ditulis dgn huruf: buku yg ~ Rumi; penghurufan proses, perbuatan, seni, atau cara menulis huruf pd sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serif | (sérif) (Cetak) unjuran kecil yg menjulur dr hujung coret sesuatu huruf (rupa taip) sama ada di bawah atau di atas: huruf tanpa ~; berserif mempunyai serif (bkn huruf): huruf ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
huruf | lambang bertulis yg digunakan utk menyatakan bunyi dlm sesuatu bahasa; lambang dlm abjad. ~ awal huruf yg pertama dlm sesuatu perkataan. ~ benar huruf selain huruf saksi atau vokal; konsonan (spt l, s, t dll). ~ besar huruf yg agak besar dan digunakan pd permulaan ayat, nama orang dll (mis, A, B, D, L dsb). ~ cap huruf yg ditulis tegak dan tidak bersambung. ~ cetak huruf yg digunakan dlm cetak-mencetak. ~ Jawi huruf Arab yg digunakan utk menulis kata-kata dlm bahasa Melayu. ~ kecil huruf yg biasa digunakan, bukan huruf besar (mis, a, b, d, l dsb). ~ miring (condong) huruf yg miring ke kanan bentuknya. ~ ringkas kependekan (spt KL bagi Kuala Lumpur). ~ Rumi (Roman) huruf menurut abjad Latin (spt a, A, b, B dll). ~ saksi huruf a, e, i, o, u; vokal. ~ tebal huruf yg dicetak tebal. berhuruf menggunakan huruf; ditulis dgn huruf: Berikan perkataan seerti bagi perkataan-perkataan yg ~ condong dlm ayat-ayat di bawah ini. | Kamus Pelajar |
ha | ( a) 1. = ~ kecil = ~ pedas huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan); 2. huruf ketujuh abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |