abu I | 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isterinya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyahhutanan | (Hut) pemusnahan hutan secara kekal, mis utk membuat jalan raya dan bangunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengulitan | (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genjangan | (Hut) perubahan bentuk permukaan keratan rentas kayu, yg asalnya berbentuk segi empat bujur, menjadi bentuk genjang yg herot semasa proses pengeringan kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dirian | (Hut) jumlah pokok (kayu balak) yg terdapat dlm suatu kawasan hutan, biasanya dinyatakan dlm isi padu per unit keluasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerancang | (Hut) bahagian kayu yg pecah atau kumpulan selumbar yg tertinggal pd tunggul atau pd bahagian bawah pangkal balak selepas pokok ditebang; bercerancang, bercerancangan mencuar-cuar tajam atau tinggi, berceracakan: hutan itu kira-kira lima ekar telah dibuka dan bercerancangan tunggul-tunggul kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman hutan | (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reja tepi | (Hut) jaluran kayu (biasanya masih berkulit) yg terhasil drpd pemotongan tepi kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reja sayung | (Hut) bahagian luar kayu balak yg digergaji, dgn satu permukaannya rata dan yg satu laginya melengkung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyahhutan | ; penyahhutanan (Hut) pemusnahan hutan secara kekal, mis utk membuat jalan raya dan bangunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |