imperialis | /impérialis/ bangsa atau negara yg menjajah negara lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imperialis | (impérialis) pihak (orang, negara dsb) yg mengamalkan faham imperialisme: perasaan benci kpd ~ meluap-luap di dada pejuang-pejuang kemerdekaan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imperialis | bangsa atau negara yg menjajah negara lain. | Kamus Pelajar |
kelobaan | ketamakan, kerakusan, keserakahan: celaan terhadap ~ kaum imperialis; haloba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keserakahan | perihal serakah (tamak, loba), kelobaan, ketamakan: tatahukum itu sebenarnya suatu tindakan nafsu ~ kaum imperialis dan kapitalis; ~ utk memperoleh keuntungan yg tidak terhingga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
loba | tamak, serakah; melobakan menginginkan sesuatu banyakbanyak; kelobaan ketamakan, kerakusan, keserakahan: celaan terhadap ~ kaum imperialis; haloba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkukuh | 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serak | (sérak); berserak, berserak-serak, terserak, terserak-serak bertabur (tersebar dll) ke merata-rata tempat, tidak tersusun, bersepah: segala barang di dlm rumahnya ~; kartu bertaburan, wang ~-serak, rokok menyarap di lantai; berserakan tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan: puntung rokok, abu rokok dan kulit kacang ~ di meja dan di atas permai-dani; menyerak merebak (memencar, berserak) ke mana-mana; menyerakkan menaburkan (supaya berserak), menyebarkan, memencarkan: kipas bersambung kiri kanan, beras kunyit diserak-kan di cerpu kaki masing-masing; penyerakan proses menyerak(kan). serakah loba, rakus, tamak: ia sekarang mengetahui apa yg diidamkan oleh kedua-dua orang yg tamak dan ~ itu; keserakahan perihal serakah (tamak, loba), kelobaan, ketamakan: tatahukum itu sebenarnya suatu tindakan nafsu ~ kaum imperialis dan kapitalis; ~ utk memperoleh keuntungan yg tidak terhingga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kukuh I | 1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahankan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahanan, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (meneguhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |