mendambakan | terlalu inginkan (hendakkan, mahukan) sesuatu: ~ perdamaian yg abadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titik selera | sangat inginkan (sesuatu makanan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meminati | menggemari, memerhatikan, menginginkan: kumpulan anak muda yg baru belajar ~ sastera; tulisan Ibnu Sina, Imam Ghazali, Maulana Jalaluddin Rumi, dikaji dan diminati oleh pendeta Barat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendahagai | dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
damba I | terlalu ingin (hendak, mahu) akan sesuatu: pd masa ini wanita Malaysia ~ akan hak yg sama dgn kaum lelaki; mendambakan terlalu inginkan (hendakkan, mahukan) sesuatu: ~ perdamaian yg abadi; perdambaan sesuatu yg diinginkan (dimahukan), keinginan, kemahuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemang | sj makanan (drpd pulut dan santan) yg dibakar dlm buluh; bersandar di ~ hangat prb berlindung kpd orang yg zalim akan binasalah akhirnya; memakan hendak ~ , membeli hendak pelo prb inginkan barang yg elok tetapi enggan membayar harga yg sepatutnya; menyandang ~ hangat orang prb menanggung akibat perbuatan orang lain; melemang membakar lemang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minat | keinginan (kesukaan, kecenderungan) kpd sesuatu: mereka mendengar cerita orang tua itu dgn penuh ~; berminat menaruh perhatian akan, cenderung kpd, gemar akan: seluruh dewan penuh sesak dgn mereka yg ~ dlm jurusan siasah negara; meminati menggemari, memerhatikan, menginginkan: kumpulan anak muda yg baru belajar ~ sastera; tulisan Ibnu Sina, Imam Ghazali, Maulana Jalaluddin Rumi, dikaji dan diminati oleh pendeta Barat; peminat orang yg berminat (kpd sesuatu), penggemar: mudah-mudahan buku ini dapat sambutan drpd para ~ kesusasteraan Melayu seluruhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titik I | 1. titis, derai (air dll): drpd kelopak mata-nya mengalir ~-~ air mata meminta belas kasihan; hujan masih turun setitik-setitik; 2. = bertitik keluar atau jatuh berderai-derai: hujan ~ semula dan kilat sesekali memancar; darahnya ~ ke bumi; ~ buta (Ubat) bahagian retina yg tidak peka terhadap cahaya; ~ lidah sl perkataan; ~ peluh penat lelah (usaha yg bersungguh-sungguh); ~ drpd mulutnya sl dikatakan (diucapkan, dijanji-kan, dll); ~ selera sangat inginkan (sesuatu makanan); biar ~ jangan tumpah prb biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar; takut ~ lalu tumpah prb hendak meng-elakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar; ~ ditampung, meresap dipalit prb pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua; bertitik, menitik menitis, berderai: hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; dititik belah, dipalu datar prb kerosakan yg tidak dapat diperbaiki lagi; menitiki menitiskan (air dll) pd; menitikkan menjatuhkan (menyebabkan ke luar) bertitik-titik, menitiskan (air dll): doktor itu mencuci matanya dan ~ ubat ke dlm kelopak matanya; titikan titisan (air dll); penitikan perihal menitikkan sesuatu, peni-tisan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dahaga I | 1. berasa kering kerongkong dan hendak minum, haus; 2. keinginan keras hendak minum, haus; melepaskan (menghilangkan) ~ minum (banyak-banyak) sehingga tidak haus lagi; 3. ki sangat ingin akan sesuatu: anak kecil itu begitu ~ akan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya; anak-anak Melayu yg ~ akan ilmu pengetahuan; berdahaga menanggung rasa dahaga: dia sentiasa mengasingkan diri drpd orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~; mendahagai dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang; mendahagakan menyebabkan berasa dahaga (haus), menghauskan; kedahagaan perihal dahaga, kehausan, keinginan (akan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |