antara muka(interface) | Bahagian yang menjadi sempadan di antara dua komponen, litar, peranti, atau sistem. Bahagian ini menyambungkan peranti yang tidak sepadan untuk membolehkan maklumat diserah atau diambil antara satu sama lain. Antara muka boleh berbentuk mekanik, seperti permukaan perkakasan bersebelahan, berbentuk elektrik, seperti titik penjelmaan aras isyarat, atau berbentuk hubungan, seperti hubungan antara manusia dan mesin. | Kamus Komputer |
piawaian antara muka(interface standard) | 1. Penentuan teknik tentang ciri sistem dan peraturan yang ditetapkan untuk memadankan peranti atau litar dengan sistem. 2. Penentuan dan peraturan yang ditetapkan untuk memadankan atur cara lain dengan atur cara yang sedia ada. | Kamus Komputer |
litar antara muka(interface circuit) | 1. Litar yang menyambungkan pemproses utama atau sistem komputer dengan peranti sokongannya. 2. Litar yang boleh menyambungkan dua sistem yang tidak sepadan. | Kamus Komputer |
kad antara muka(interface card) | 1. Kad yang menyambungkan litar atau peranti yang terdapat di badannya pada bas komputer. 2. Kad yang boleh menyambungkan dua sistem yang tidak sepadan. | Kamus Komputer |
bas antara muka(interface bus) | Bas yang menyediakan sambungan antara muka dan pemasaan bagi menghubungkan dan memadankan pelbagai peranti dan persisian dengan komputer. | Kamus Komputer |
antara muka tambah(expansion interface) | Papan litar yang membolehkan peranti yang meningkatkan kemampuan sistem disambungkan. | Kamus Komputer |
antara muka selari(parallel interface) | Antara muka yang membolehkan data dikirim antara dua peranti secara serentak melalui saluran selari yang berasingan. | Kamus Komputer |
antara muka ramah(friendly interface) | Sistem antara muka yang direka bentuk supaya mudah digunakan oleh pengguna biasa. | Kamus Komputer |
antara muka pengguna(user interface) | Penentuan dan peraturan yang telah disediakan dalam komputer untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer. | Kamus Komputer |
antara muka digital(digital interface) | Sambungan pada komputer yang boleh menerima peranti digital. | Kamus Komputer |