tatabahasa LL(k)(LL(k) grammar) | Tatabahasa bagi suatu bahasa tertentu yang digunakan dalam penghuraian LL. Huruf `k` melambangkan integer yang digunakan sebagai simbol pandang ke hadapan bagi membantu pemilihan dalam penghuraian. Lihat juga penghuraian LL. | Kamus Komputer |
penghuraian LL(LL parsing) | Kaedah penghuraian atas-ke-bawah yang tidak menggunakan patah-balik. LL bermaksud jujukan penerbitan kiri-ke-kanan paling kiri yang digunakan untuk menghuraikan ayat dalam satu bahasa pengaturcaraan atau bahasa tabii. | Kamus Komputer |