berberita | sl mengkhabarkan, memberitahukan: setelah Sultan Abdul Jamal mendengar titah Laksamana itu, maka titah baginda: “Siapa yg ~ ke Melaka?”; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersusah-susah | melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar memberitahu dunia luar bahawa dunia Arab bersatu dlm hal itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersusah payah | melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar memberitahu dunia luar bahawa dunia Arab bersatu dlm hal itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersusah | 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar memberitahu dunia luar bahawa dunia Arab bersatu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencadangkan | 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cadang | ; bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); pencadangan perihal (perbuatan dsb) mencadangkan; pencadang orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susah | 1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dll), perasaan tidak senang: pekerjaan makan gaji itu memang ~ pd mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang; 2. tidak mudah (mendapat, mencari, dll sesuatu), sukar, sulit: masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal; 3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; 4. serba kekurangan, miskin, papa: ~ dan senang kehidupan kaum keluarga, tidaklah menjadi penghalang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. kesukaran, kesulitan: adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu; bersusah 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar memberitahu dunia luar bahawa dunia Arab bersatu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; menyusahi menjadikan (mendatangkan) susah, mengganggui: tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit; menyusahkan 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. menjadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacitakan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; mempersusah menjadikan lebih susah: jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah; kesusahan 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berita | 1. maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yg disampaikan (sama ada secara lisan atau dgn surat dsb), khabar, warta: semenjak itu tidak pernah saya lihat wajah suami saya, malah mendengar ~nya pun tidak pernah; 2. siaran atau penyampaian berita (melalui televisyen atau radio); ~ acara laporan berkenaan sesuatu perkara; ~ angin khabar yg belum pasti, desas-desus; ~ kawat berita yg diterima melalui kawat (telegram); ~ negara majalah kerajaan yg rasmi; ~ perdana berita yg disiarkan pd waktu siaran yg dianggap terpenting (kerana ramai dijangka mendengar radio atau menonton televisyen pd waktu itu); ~ sepekan majalah mingguan;berberita sl mengkhabarkan, memberitahukan: setelah Sultan Abdul Jamal mendengar titah Laksamana itu, maka titah baginda: “Siapa yg ~ ke Melaka?”;memberitakan mengkhabarkan, melaporkan, memberitahukan: Jepun ~ bahawa kapalnya itu sudah tenggelam;pemberitaan 1. perihal mengkhabarkan: kami pelajari cara-cara ~ akhbar itu; 2. maklumat, laporan, siaran: kami berterima kasih atas ~mu; 3. ark laporan mengenai sesuatu perkara;pemberita orang yg memberitakan, juruberita, juruwarta: Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui oleh ~-~ akhbar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |