membekukan jawatan | menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
interviu | 1. temu ramah, temu bual, wawancara: Perdana Menteri telah mengadakan ~ selama satu jam; 2. temu duga: ia menunggu panggilan ~ utk jawatan kosong itu; menginterviu 1. menemu ramah, menemu bual, mewawancara: ia datang utk ~ guru besar; 2. menemu duga (pemohon-pemohon pekerjaan, biasiswa, dsb): beberapa orang pemohon pekerjaan itu telah dipanggil utk diinterviu; penginterviu 1. orang yg menginterviu (menemu ramah, menemu bual, mewawancara), penemu ramah, penemu bual, pewawancara; 2. orang yg menginterviu (menemu duga), penemu duga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muat | 1 ada ruang utk diisi, diduduki dll; dpt berisi: Kereta itu ~ empat orang. 2 ada terkandung di dlmnya; berisi: Akhbar itu ~ iklan jawatan kosong. bermuat berisi atau diisi (dgn): Kapal itu ~ gula. memuati mengisi atau memenuhkan sesuatu (dgn barang); memasukkan muatan pd: Beliau telah ~ perahunya dgn pisang, tebu dll. memuatkan 1 memasukkan sesuatu (spt barang-barang) ke kapal, kereta dsb; mengisikan: Kelasi-kelasi pun ~ beras itu ke dlm kapal. 2 memasukkan atau menempatkan sesuatu dlm surat khabar; menyiarkan sesuatu dlm majalah dll. termuat telah dimasukkan atau disiarkan dlm surat khabar, majalah dll. muatan barang-barang yg dibawa (oleh lori dll); isi kapal dll: Apabila sampai di Pelabuhan Kelang, segala ~ kapal itu diturunkan. orang ~ orang yg naik atau yg menumpangi kapal dll. ~ haba ist kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak satu kelvin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membekukan | 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawatan (kerja) kosong | jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lowong | tidak ada yg menduduki (jawatan, pangkat, tugas, dsb), terluang, kosong; melowongkan mengosongkan (jawatan, pangkat, dsb), meluangkan; lowongan jawatan (pekerjaan) kosong: tahun hadapan akan terbuka banyak ~ kerja di jabatan itu; kelowongan keadaan lowong, kekosongan: akan tetapi ~ itu diisi dgn pengarang-pengarang baru yg berbakti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beku | 1. pejal, keras (bkn benda cair): di kutub, air laut ~ sepanjang tahun; 2. ki kaku, tidak bergerak: yg ~ dan tidak selaras dgn zaman moden; bahasanya usang dan ~; modal utk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang; 3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak: parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara; ~ otak = ~ fikiran tidak mudah faham; membeku menjadi beku: darah yg keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~; membekukan 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; kebekuan perihal (keadaan) beku: keadaan ini boleh membawa kita keluar drpd ~ fikiran;pembekuan perihal atau perbuatan mem beku(kan): batu-batan di negeri-negeri yg berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya; pembeku bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengisi jawatan | menempatkan pegawai pd (atau melantik seseorang memegang) jawatan yg kosong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terluang | 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerja kosong | jawatan yg belum diisi atau yg belum dipenuhi (di pejabat dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |