bertentu-tentu | jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jelas I | jelas I 1. terang (perkataan, pemandangan, dll), tidak kabur (mengelirukan dsb), nyata: suara itu tidak ~ pd pendengarannya; keterangan yg diberikan itu tidak begitu ~; 2. habis, selesai, beres (pekerjaan, hutang, dll): dlm sehari boleh ~ pekerjaan ini; hutangnya di kedai itu masih belum ~; sejelas-jelasnya cukup jelas, amat jelas: rancangan itu akan diterima oleh rakyat setelah penerangan yg ~ diberikan kpd mereka; berjelas-jelas berterang-terang, tidak bersembunyi-sembunyi: aku ini hendak ~ dahulu sebelum aku sampaikan amanat orang; menjelasi Mn meminta keterangan yg lebih jelas (lebih lanjut); menjelaskan 1. menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan (sehingga jelas), menyatakan (utk memberikan penerangan): seorang pegawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yg baru diluluskan itu hanyalah utk sementara waktu sahaja; 2. menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dll), menghabiskan, membereskan: dia sekarang bercermat-cermat kerana hendak ~ harga motokar itu; memperjelas membuat lebih jelas: kita akan ~ keadaan ini dgn memberi dua contoh; kejelasan perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya: ~ imej pd keseluruhan skrin; ~ objektif utk belajar; ~ amat penting bagi borang dan penerangan yg disertakan; penjelasan 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~ sebab-sebab perbuatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan, pembayaran hutang, dll); ~ bank (Eko) penyelesaian pembayaran cek dll antara bank; rumah ~ (Eko) tempat menyelesaikan pembayaran cek dll antara bank; penjelas 1. orang yg menjelaskan; 2. benda utk menjelaskan (hutang dll): wang ~ hutang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tentu | 1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur: belum ~ dia datang hari ini; bas itu tidak ~ tibanya, adakala lambat adakala cepat; 2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang: ~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza; 3. tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti: ~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu; bertentu 1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan (dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3. berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding: Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang saudagar; bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang; bertentukan sl mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok): setelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat; menentu; tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dll), tidak tentu; menentui Mn 1. memeriksa (supaya ke-tahuan), mengusut, menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll), menjenguk; 4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan; menentukan 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentukan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerangkan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; tertentu 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mempunyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebutkan namanya (tempat-nya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu memecah-belahkan rakyat; ketentuan 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetap-an: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), beraturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga; berketentuan; tidak ~ a) tidak ada ketentuannya, tidak mendapat sebarang keputusan, tidak ada kepastian: rundingan kita tadi tidak ~ lagi; b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk: buku-buku tidak ~; ketidaktentuan perihal (keadaan dsb) yg tidak tentu, ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam; penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan; penentu yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan P~ segala kejadian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejelas-jelasnya | cukup jelas, amat jelas: rancangan itu akan diterima oleh rakyat setelah penerangan yg ~ diberikan kpd mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabun | kurang terang atau kurang jelas penglihatannya. ~ ayam tidak dpt melihat dgn jelas ketika senja. ~ dekat tidak dpt melihat benda-benda yg dekat dgn jelas tetapi dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas. ~ jauh tidak dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas tetapi dpt melihat benda yg dekat dgn jelas. ~ malam pemandangan menjadi kabur pd waktu malam atau ketika samar-samar. ~ tua rabun kerana sudah tua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lantang | 1. = melantang kuat dan jelas didengar (suara dll), jelas kedengaran: suaranya ~ bertengkar dgn orang di sebelah rumah; suaranya melantang di dlm seluruh ruang masjid; 2. terang dan nyata (pemandangan), luas dan jelas; melantangkan menguatkan (suara dsb) supaya lantang: ~ suaranya supaya jelas didengar; kelantangan perihal lantang: kerana ~ cakap setengah-setengah tokoh politik, perhubungan antara kaum telah tidak menyenangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabun | kurang terang atau kurang jelas penglihatannya. ~ ayam tidak dpt melihat dgn jelas ketika senja. ~ dekat tidak dpt melihat benda-benda yg dekat dgn jelas tetapi dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas. ~ jauh tidak dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas tetapi dpt melihat benda yg dekat dgn jelas. ~ malam pemandangan menjadi kabur pd waktu malam atau ketika samar-samar. ~ tua rabun kerana sudah tua. | Kamus Pelajar |
melantang | kuat dan jelas didengar (suara dll), jelas kedengaran: suaranya ~ bertengkar dgn orang di sebelah rumah; suaranya melantang di dlm seluruh ruang masjid; 2. terang dan nyata (pemandangan), luas dan jelas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencolok | 1. mencucuk (menusuk); 2. = ~ mata a) mencucuk mata; b) ki tampak jelas, kelihatan jelas benar; c) membangkitkan marah orang yg melihat, menyakitkan hati, memberi malu: apabila berlaku peristiwa-peristiwa yg ~ mata, menyakitkan hati, kita hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
colok II | ; mencolok 1. mencucuk (menusuk); 2. = ~ mata a) mencucuk mata; b) ki tampak jelas, kelihatan jelas benar; c) membangkitkan marah orang yg melihat, menyakitkan hati, memberi malu: apabila berlaku peristiwa-peristiwa yg ~ mata, menyakitkan hati, kita hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |