jengkol | (jéngkol) Jk jering; jengkolan, kejengkolan Jk sakit apabila kencing (kerana terlalu banyak makan jengkol). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pincuk II | Jk; memincuk memikat hati; kepincuk Jk sangat berkenan, jatuh cinta, terpesona. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pajangan | 1. perhiasan (rumah dll); 2. Jk barang-barang dagangan yg dipamerkan: melihat-lihat etalase-etalase ~ yg mewah-mewah; 3. Jk tempat mempamerkan barang-barang dagangan; 4. = pemajangan pelamin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pajang | ; memajang 1. menghiasi (dgn berbagai-bagai bunga, daun, dll); 2. = memajangkan Jk mempamerkan (mempertunjukkan) barang-barang dagangan dgn menyusunnya elok-elok: isi dan pajangannya kurang menarik, biarpun dipajang secara komersil yg mengghairahkan; pajangan 1. perhiasan (rumah dll); 2. Jk barang-barang dagangan yg dipamerkan: melihat-lihat etalase-etalase ~ yg mewah-mewah; 3. Jk tempat mempamerkan barang-barang dagangan; 4. = pemajangan pelamin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kocak II | 1. kacak, gagah, bagus (baik, tampan); 2. sombong, pongah, besar kepala: dibenci orang kerana ~nya; 3. Jk jenaka, kelakar, lucu; berkocak-kocak bergurau senda, berjenaka, berkelakar; mengocak Jk melawak, bergurau senda, berolok-olok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usil | Jk suka mengusik (mengganggu), gemar turut campur dlm hal orang lain, suka menjaga tepi kain orang; tak mahu ~ tidak mahu masuk campur, tidak mengendahkan; usilan suka mengusik (mengganggu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keurusan | Jk; tidak ~ tidak terpelihara (dijaga, diurus) dgn baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uruk | Jk; menguruk 1. menimbun atau menimbus (dgn tanah dll): burung itu mengangkut kayu dan batu dr Bukit Barat utk ~ laut; 2. membumbun atau menambun (pangkal pokok). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urik | Jk; mengurik, mengurik-urik mengorek-ngorek dgn benda yg kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uribang | Jk; kembang ~ bunga raya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |