merelevankan | menjadikan relevan; menjadikan ada kaitannya dgn: Tidak wajar mereka ~ perkara-perkara yg tidak ada kaitannya dgn kes itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
relevan | /rélevan/ ada kaitan atau ada hubungannya (dgn), dpt dikaitkan atau dihubungkan dgn: Perkara itu tidak ~ dgn topik yg dibincangkan. merelevankan menjadikan relevan; menjadikan ada kaitannya dgn: Tidak wajar mereka ~ perkara-perkara yg tidak ada kaitannya dgn kes itu. kerelevanan keadaan relevan: Pihak pembangkang mempertikaikan ~ isu itu dgn perkara yg sedang didebatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertalian | ada kaitannya atau ada hubungannya; berkaitan; berhubungan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertalian | ada kaitannya dgn, berhubungan, berkaitan: ketua-ketua agama mereka tidak lagi ~ atau berhubung dgn Paus di Rom; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertalian | ada kaitannya atau ada hubungannya; berkaitan; berhubungan. | Kamus Pelajar |
berkenaan dgn | ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn: Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkenaan | , = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn: Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kampungan | 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertali-tali | 1. ada kaitannya dgn, berhubungan dgn: Ungku Tanjung itu ialah keluarga tali-bertali dgn Datuk Bendahara dan Yamtuan Besar; 2. sambung-menyambung, bersambung-sambung, terus-menerus, berterusan: di luar hujan masih ~; 3. berkait-kait, berjalin-jalin, berlibat-libat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tali | bertalian ada kaitannya atau ada hubungannya; berkaitan; berhubungan. | Kamus Pelajar |