kaki ayam | 1. kaki pd ayam; 2. kaki yg tidak berkasut; 3. Kl sj kuih dr keledek; berkaki ayam tidak berkasut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaki | 1 bahagian tubuh manusia atau haiwan yg bermula dr paha ke bawah dan digunakan utk berjalan, berdiri dll: Dia melunjurkan ~nya. 2 bahagian (drpd) kaki 1 yg di bawah sekali: ~nya luka terkena kaca. 3 bahagian yg menopang atau yg menyangga sesuatu: ~ kerusi bahagian kerusi sebelah bawah yg bertumpu ke lantai. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah: ~ bukit bahagian bukit yg di sebelah bawah. 5 satuan ukuran panjang yg panjangnya dua belas inci: Jambatan itu panjangnya enam ratus ~. 6 penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung. 7 ki orang yg suka melakukan sesuatu atau yg terlalu gemar akan sesuatu: ~ arak orang yg suka minum arak. ~ ayam a. kaki pd ayam. b. kaki yg tidak berkasut. ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan atau pendapat orang lain. ~ bangku a. kaki pd bangku. b. orang yg tidak pandai bermain bola. ~ botol orang yg suka minum minuman keras atau minuman yg memabukkan. ~ bunga bekas (tempat) meletakkan bunga. ~ gaduh orang yg suka bergaduh atau suka berkelahi. ~ hutan tepi atau pinggir hutan. ~ langit bahagian langit yg kelihatan seakan-akan bertemu dgn permukaan laut atau bumi. ~ lima a. lantai di antara hadapan kedai dgn jalan (tempat orang lalu-lalang); lantai di antara hadapan rumah dgn jalan. b. lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah. ~ pancing orang yg suka memancing dan biasanya yg pandai memancing. ~ seluar bahagian bawah seluar yg menutupi kaki. ~ tangan a. kaki dan tangan manusia. b. orang yg diperalat oleh orang lain. ~ tiga alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb; tripod. berkaki mempunyai kaki: binatang yg ~ empat. ~ ayam tidak memakai kasut. ~ kpd (pd) bergantung pd. ~ seribu lari cepat-cepat kerana ketakutan. mengaki 1 sama-sama bekerja dgn tidak mendapat bayaran. 2 patuh atau taat. ~ langit rata atau lurus spt kaki langit. ~ meja tidak naik darjah. pekaki; ~ layar galah besar yg di sebelah bawah layar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bulang | 1 kain dsb yg diikatkan pd kepala: Sapu tangannya dibuat ~. 2 tali utk mengikat taji; cara mengikat taji pd kaki ayam sabungan. bulang-bulang apa-apa saja yg diikatkan pd kepala. berbulang 1 berikat kepala; berdestar. 2 memakai taji (ttg ayam sabungan). membulang 1 mengikat sesuatu pd kepala; melilitkan sesuatu di kepala. 2 mengikatkan tali pd kaki ayam utk memasang taji. pembulang orang yg membulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membulang | 1. melilitkan pd kepala: ia ~ kain pd kepalanya; 2. mengikat taji pd kaki ayam dgn tali: ayam pun dibulang oranglah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisik I | 1. lapisan kulit yg berkeping-keping (pd ikan, ular, kaki ayam, dll): memang tuah ayam dan burung dapat dilihat drpd ~nya, tetapi tuah manusia siapa tahu; 2. ki corak atau ragam: engkau semua masih mentah, tidak mengenal ~ manusia; kurang ~, tinggal lidi di buku, kurang selidik, tinggal kaji di guru prb kalau kurang hatihati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya; minta ~ pd limbat prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin dapat; bersisik ada sisiknya, mempunyai sisik: dgn takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan; menyisik, menyisiki 1. membuang sisik (dr ikan dll); 2. meraut buluh (lidi dll) supaya licin; 3. melihat tuah ayam sabungan pd sisik di kakinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susuh I | 1. duri yg besar (pd tumbuh-tumbuhan); 2. = ~ ayam bahagian yg keras lagi tajam pd kaki ayam jantan, jalu; 3. sj pasak atau baji (utk mengetatkan rasuk, pelancar, dll); 4. pacu atau taji pd tumit kasut (utk memacu kuda); 5. sj pengait (dr kayu); 6. rabung bukit (gunung) yg menganjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susuh | 1 duri yg besar pd tumbuh-tumbuhan. 2 = ~ ayam semacam jari yg keras lagi tajam di belakang kaki ayam. 3 pacu pd tumit kasut utk memacu kuda. ~ bukit rabung bukit yg menganjur turun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bulang | 1. kain dsb yg diikatkan di kepala: Sapu tangannya dibuat ~. 2. tali utk mengikat taji; cara mengikut taji pd kaki ayam sabungan. bulang-bulang apa-apa saja yg diikatkan di kepala. berbulang 1. berikat kepala; berdestar. 2. memakai taji (ttg ayam sabungan). membulang 1. mengikat sesuatu pd kepala; melilitkan sesuatu di kepala. 2. mengikatkan tali pd kaki ayam utk memasang taji. pembulang orang yg membulang. | Kamus Pelajar |
taji | 1 susuh buatan drpd besi dll yg dipasang pd kaki ayam sabungan. | Kamus Pelajar |
membulang | 1 mengikat sesuatu pd kepala; melilitkan sesuatu di kepala. 2 mengikatkan tali pd kaki ayam utk memasang taji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |