kaki bangku | (orang yg) tidak pandai bermain (menyepak) bola; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaki bangku | a. kaki pd bangku. b. orang yg tidak pandai bermain bola. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
begap | 1. tegap dan besar (tubuh dll); 2. besar dan kuat (kaki bangku dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangku | 1. tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar, dibuat drpd kayu, batu, dsb utk dua orang atau lebih; 2. tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar atau tempat letak tangan, disokong oleh tiga atau empat kaki, biasanya utk seorang; 3. meja yg berkaki tempat bertukang (menggergaji dll); ~ lipat bangku yg dapat dilipat; ~ kaki bangku kecil dan rendah tempat meletakkan kaki semasa duduk di atas kerusi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangku kaki | bangku kecil dan rendah tempat meletakkan kaki semasa duduk di atas kerusi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapak I | 1. bidang kaki (kasut, tangan) sebelah bawah, telapak; 2. = ~ kaki bekas kaki, jejak kaki; 3. langkah: belum lagi beberapa ~ kami berjalan aku nampak cahaya lampu suluh dr belakang; 4. bahagian sebelah bawah dr sesuatu, dasar: ~ piramid; 5. ki asas (dasar atau tempat) melakukan atau memulakan sesuatu;~ ani bahagian alat tenun yg dihubungkan oleh belebas; ~ bangunan tanah tempat membina bangunan; ~ besi ladam pd kuku kuda (kasut dll); ~ binaan tempat akan didirikan bangunan dsb; ~ cangkir alas cangkir; ~ catur petak-petak pd papan catur; ~ cindai corak selirat yg cerah (pd kain); ~ itik Kd roda besi pd traktor membajak sawah yg menghasilkan corak spt tapak itik apabila digunakan utk membajak sawah; ~ jalak tanda palang yg hujungnya bercabang; ~ kadam bekas pijakan kaki; ~ kaki a) telapak kaki; b) bekas pijakan kaki; ~ kasut alas kasut; ~ kedidi sj corak membubuh papan utk dinding rumah; ~ kek bangku tempat duduk (pd alat tenun): ~ kuku telapak kaki kuda; ~ lawang cembul pd buah manggis; ~ rata Id telapak kaki yg tidak lekuk-lekuk; ~ rumah tanah tempat mendirikan rumah; ~ semaian tempat menyemai benih atau menanam anak pokok; ~ sulaiman gambar bintang yg bersegi enam; ~ tangan a) telapak tangan; b) Id tandatangan; ~ tukul kesan melakukan sesuatu; tengah ~ bayang tengah hari benar (ketika matahari tepat di atas kepala); tiga ~ bayang-bayang waktu ketika bayang-bayang tiga telapak tangan panjangnya;cium ~ tangan, berbaukah atau tidak prb lihat diri sendiri, terlebih dahulu sebelum mencela orang lain; kecil ~ tangan nyiru saya tadahkan prb menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang;setapak 1. sebesar tapak tangan; 2. sepanjang tapak kaki: alamat akan jauh lakinya yg selama ini belum pernah bercerai dgn dia barang ~ jua; 3. ki selangkah: ~ demi ~ dia undur; ~ jangan lalu, ~ jangan surut prb tetap pendiriannya, tidak berkocak hati atau iman ketika menghadapi sesuatu kejadian;tapak-tapak sj lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal;bertapak 1. mempunyai tapak, ada tapaknya: kon yg ~ bulat; 2. berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; ~ maju melangkah maju; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll: Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula (melangkah dsb) drpd sesuatu pangkalan (dasar, asas, dsb), menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu orang ~; menapak 1. memijakkan kaki pd, mengenakan kaki pd: kakinya ~ tanah; 2. mengukur dgn tapak (kaki atau tangan); 3. melangkah: dgn langkah yg tidak bermaya ia pun ~lah ke kamar datuk; 4. mengikut jejak (binatang dll); 5. berjalan kaki: dia terpaksa ~ ke surau kerana basikalnya rosak; menapaki menyelidiki, mengusuti; ketapakan = ~ balai = tapakan sl tempat kehormatan di balai penghadapan: bentara seramai empat puluh orang berdiri di ~ balai di saat orang menghadap dan menjunjung duli; pertapakan 1. pelan yg menunjukkan susunan bahagian-bahagian drpd sesuatu; 2. asas kedudukan, tempat bertapak (utk melakukan sesuatu dsb): sementara itu kaum bukan Melayu masing-masing pula amat kukuh ~ masing-masing dlm ekonomi pasaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penumpu kaki | bangku kecil utk menumpukan kaki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alas kaki | tikar atau bangku tempat meletakkan kaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumpu | 1. = setumpu benda yg digunakan utk mengampu kaki (tangan dll), tempat bertopang (berjejak, berdiri, dll); 2. Kd, bp sampai, hingga ke: dr mula matahari timbul hingga ~ senjakala, jejak babi tunggal yg diburunya itu tidak juga bertemu; bertumpu 1. berjejak atau bertekan pd (kaki, tangan, dll): dia kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja; 2. = bersetumpu bertekan (berkuat dll) dgn telapak kaki pd sesuatu ketika hendak melompat dll, menunjal: maka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu melompat; 3. = bersetumpu dgn betul-betul atau sungguh-sungguh melakukan sesuatu, dgn segenap tenaga (mengerjakan sesuatu); ~ berkelahi betul-betul berkelahi (dgn menumpukan segenap tenaga); 4. ki mendapat tempat berpegang, sudah berakar berumbi pd, bertapak dgn kuat: kuasa penjajah yg telah lama ~ di benua Asia telah dapat dijatuhkan dlm tempoh beberapa bulan sahaja; 5. ki penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyak-banyak atau beramai-ramai di: hampir semua penduduknya ~ di dlm kawasan pertanian; 6. bertemu di tempat yg sama (garisan dll): tiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan lurus itu melalui titik yg sama; mencencang berlandasan, melompat bersetumpu prb jika hendak melakukan sesuatu hendaklah disediakan segala alat syaratnya; menumpu 1. = bertumpu menekankan (me-nolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; 2. ki mem-beri sokongan (bantuan dll), menunjang, menyokong; 3. menolak, meniup (angin): bukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 4. ki memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dll): matanya ~ kpd anaknya sahaja; menumpukan 1. menekankan (tapak kaki dll) pd, menunjalkan pd: ia ~ kakinya di batu sebelum melompat ke tebing; 2. tidak menerima, menolak (permohonan dll); ~ permintaan menolak permintaan; 3. meninggalkan (negeri dll): ~ kampung halaman; 4. menyandarkan atau mendasarkan (pendapat dll) pd, mengasaskan: ia ~ pendapatnya itu pd beberapa dalil yg boleh dipercayai; 5. memberi sokongan kpd, menolong, menumpu, menyokong, menunjang: pasukan kawalan kampung sentiasa bersiap sedia utk ~ pasukan keselamatan menjaga keamanan negara; 6. memberi segenap tenaga (perhatian, minat, dll) pd, memusatkan (perhatian dll) pd: mahasiswa-mahasiswa diharapkan supaya ~ masa dan tenaga mereka kpd pelajaran dan kuliah mereka; tertumpu 1. telah ditumpukan (ditolakkan), telah tidak diterima (permohonan dll); per-mintaannya ~ permintaannya ditolak; 2. telah ditumpukan (dipusatkan, dikerahkan) pd: pandangannya ~ penuh pd daun pintu rumah yg masih tertutup rapat itu; umpuan 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah melalui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; pertumpuan perihal (perbuatan dsb) ber-tumpu: bandar Rockhampton ini menjadi tempat ~ segala hasil yg keluar masuk dr bahagian tengah Queensland; penumpuan perihal (perbuatan dsb) menumpu(kan): rajah ini menunjukkan ~ tenaga dlm berbagai-bagai cabang pertanian; penumpu 1. orang yg menumpu (memberi bantuan, sokongan, dll), pembantu, penyokong; 2. sesuatu yg digunakan utk menumpu (menumpukan) kaki dll, pengampu, penunjang; ~ kaki bangku kecil utk menumpukan kaki; 3. (Fiz) sesuatu yg digunakan utk memusatkan pancaran cahaya dll (kanta dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alas kaki | sesuatu (spt tikar atau bangku) tempat meletakkan kaki (sewaktu sedang duduk di kerusi dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |