kan I | singkatan bagi bukan atau bukankah: ~kah gitu yg baik? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenyuk | 1. = dgn ~ dgn serta-merta berdiri (kerana marah dll); 2. = merenyukkan menyentakkan, merentak (merenggut, merengkah) dgn kuat-kuat (cepat-cepat): jangan direnyukkan tali kekang kuda itu; 3. = merenyukkan mengunjukkan (memberikan) dgn marah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyuk III | Mn rentak, sentak; serenyuk serentakan: tidak semena-mena ribut datang ~; merenyuk 1. = dgn ~ dgn serta-merta berdiri (kerana marah dll); 2. = merenyukkan menyentakkan, merentak (merenggut, merengkah) dgn kuat-kuat (cepat-cepat): jangan direnyukkan tali kekang kuda itu; 3. = merenyukkan mengunjukkan (memberikan) dgn marah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senda I | = ~ gurau = gurau ~ kelakar, jenaka, olok-olok, seloroh: sajak dan ulangan suara banyak dipakai baik dlm ~ mahupun dlm percakapan; bersenda = ~ gurau = bersenda-senda 1. berkelakar, berseloroh, berjenaka: mengapa-kah pula tuan hendak ~-senda dgn ayah-anda spt ini? 2. bergurau-gurau, bercumbu-cumbu: maka tuanku Malim Deman pun lalu santap beradat serta ~ kedua-dua laki isteri; menyenda-nyendakan mempermain-mainkan: mereka tidak lagi menghormati prinsip keagamaan, sebaliknya ~ kewujudan neraka dan syurga; mempersendakan mempermainkan (dgn gurau senda), memperolok-olokkan, mengejek-ejekkan: terasa oleh Aini yg Kamal sengaja hendak ~nya; sendaan sesuatu (bahan dsb) yg diper-sendakan: ibu tidak mahu kau jadi ~ orang; persendaan hal yg berkaitan dgn perbuatan bersenda: bahan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegas | 1 dpt didengar, dilihat dsb dgn terang; nyata; jelas: Ia berkata dgn suara yg ~. 2 tidak ragu-ragu atau tidak samar-samar; tentu; tepat: Permohonannya telah ditolak dgn ~. menegaskan 1 mengatakan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. 2 menerangkan; menjelaskan: Perkara tsb akan ditegaskan dlm pelajaran yg berikutnya. ketegasan hal atau keadaan tegas; kejelasan. penegasan perbuatan atau hal menegaskan; penjelasan; penentuan. penegas; kata ~ ist kata utk menegaskan sesuatu (spt memang, juga, sahaja, kah, pun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampung I | menampung 1. menadah sesuatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ penduduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimanakah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan mengumpulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbitan yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, memegat, menahan: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemiskinan dan kekurangan diri; ~ doa bertadah amin; menampungkan menampung dgn, menadahkan; ~ tangan bertadah amin (ketika berdoa); tertampung dapat (berupaya) ditampung; penampungan perihal menampung, penerimaan, penadahan; penampung 1. alat utk menampung: cawan ~ susu getah; 2. orang yg menampung (meng-uruskan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantas | 1. tidak berantara, langsung, terus: dgn malas aku bangkit dan ~ ke dapur; 2. langsung masuk (terus), sampai ke: ~ dlm kenangannya itu bagaimana kegembiraannya pd hari dia berkahwin; ~ akal termakan (diterima) akal; 3. terus, tembus (ke belakang dll); 4. kuasa, sanggup (mengerjakan sesuatu): ~kah abang meneruskan perniagaan itu jika kita tambah modalnya? melantas tidak singgah atau berhenti dimana-mana, langsung; melantasi terus ke belakang, menembus, menobros: sinaran itu tidak ~ cermin, iahanya dipesongkan oleh pembalikan; boritu sudah ~ ke balik kayu itu; melantaskan menyampaikan, mengemukakan (sesuatu hal dll), meneruskan; ~ angan (maksud) a) hidup merantau; b) melakukan kehendak hati; ~ dendam melepaskan dendam; terlantas terus masuk, tembus langsung; berkelantasan ark terus-menerus (tidak berantaraan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apa | 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk me-nanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa; apatah lebih-lebih lagi, apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, ~ lagi Ali yg miskin itu; apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu: tidak memberikan ~ perhatian; 2. sesuatu: ada ~ yg ingin kamu tahu lebih lanjut mengenai pelajaran hari ini? berapa kata yg menanyakan banyaknya; mengapa 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa yg diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu? mengapai, mengapa-apai melakukan sesuatu terhadap: diapainya maka ia menangis? mengapakan, mengapa-apakan, mempengapakan 1. melakukan apa atau bagaimana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melakukan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apakannya sekiranya adiknya tidak dijumpai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aksi | 1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak: ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg menampakkan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya; beraksi 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, bertingkah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyata | 1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahatnya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Bolehkah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berlaku. pernyataan sesuatu yg dinyatakan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pemakluman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |