karsinogen | ist bahan yg menyebabkan barah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karsinogen | (Ubat) sebarang agen yg mengakibatkan pertumbuhan kanser dlm tisu hidup (mis asbestos, benzena, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karsinogen | ist bahan yg menyebabkan barah. | Kamus Pelajar |
plutonium | (Kim) sj unsur logam radioaktif yg sangat beracun dan bersifat karsinogen, dan digunakan terutamanya sbg bahan bakar dlm stesen kuasa nuklear dan senjata nuklear. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barah | 1. sj bisul besar yg bernanah; 2. ketumbuhan berbahaya pd kulit atau pd tisu di dlm tubuh yg disebabkan oleh pertumbuhan sel yg tidak mengikut kadar yg normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen spt bahan kimia dan virus), kanser; 3. sesuatu keadaan (perkara, perkembangan, dll) yg sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh merebak atau menular; ~ batang barah di pertemuan paha dan badan; ~ batu barah yg keras spt batu (dekat dubur); ~ bir barah dekat dubur; ~ bunyi barah di dada; ~ cika barah di dlm perut; ~ empong barah di ari-ari; ~ gajah barah di dlm perut; ~ kelawar barah di bawah ketiak; ~ kepala beruang barah pd bahu atau lutut; ~ kepala harimau barah di bawah mata kaki; ~ kundur buruk barah di pelipatan lutut; ~ nangka barah di betis; ~ raja barah yg sangat sakit; ~ sisik barah yg selalu mengelupas; ~ sisip barah dibawah tulang rusuk; ~ tetek barah pd susu, mastitis; ~ tiarap barah yg menyebabkan luka di dlm; ~ ular = ~ batang;membarah menjadi barah: jeritan hatiku terus melarat hingga ~ ke dlm jiwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |