adjektif | (adjéktif) kata sifat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adjektif | /adjéktif/ kata yg menerangkan sifat sesuatu benda atau yg menerangkan kata nama (spt besar, tinggi, merah); kata sifat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adjektif | /adjéktif/ kata yg menerangkan sifat sesuatu benda atau yg menerangkan kata nama (spt besar, tinggi, merah dsb); kata sifat. | Kamus Pelajar |
golongan kata | kumpulan kata yg dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
golongan kata | (Lin) kategori kata yg berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya, mis kata nama, kata kerja dan kata adjektif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golongan | himpunan beberapa benda atau orang yg telah digolongkan; kelompok; kumpulan. ~ kata kumpulan kata yg dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
golongan | kumpulan, kelompok: orang Melayu merupakan ~ penduduk yg terbesar di negara ini; ~ bangsa kumpulan bangsa; ~ kata (Lin) kategori kata yg berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya, mis kata nama, kata kerja dan kata adjektif; ~ terbesar kelompok manusia (rakyat) yg besar bilangannya; ~ terkecil kelompok manusia (rakyat) yg kecil bilangannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golong | ; menggolongkan membahagi-bahagikan kpd beberapa kelompok; memasukkan ke dlm kumpulan: Mereka telah ~ para peserta mengikut umur masing-masing. tergolong termasuk dlm sesuatu kumpulan atau kelompok. golongan himpunan beberapa benda atau orang yg telah digolongkan; kelompok; kumpulan. ~ kata kumpulan kata yg dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. penggolongan perbuatan menggolongkan (kpd kumpulan atau kelompok). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kata sifat (adjektif) | kata yg menunjukkan sifat sesuatu benda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
golong | ; menggolongkan 1. membahagi-bahagikan (mengasingkan) ke dlm beberapa kumpulan (kaum dll): penganggur-penganggur yg mencari pekerjaan digolongkan menurut umur dan pelajaran mereka; 2. memasukkan ke dlm kumpulan (puak dll): mereka ~ tuan sbg bumiputera; tergolong termasuk (dlm kumpulan dll): Tongkat Warrant ~ sbg penyajak beraliran realisme; golongan kumpulan, kelompok: orang Melayu merupakan ~ penduduk yg terbesar di negara ini; ~ bangsa kumpulan bangsa; ~ kata (Lin) kategori kata yg berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya, mis kata nama, kata kerja dan kata adjektif; ~ terbesar kelompok manusia (rakyat) yg besar bilangannya; ~ terkecil kelompok manusia (rakyat) yg kecil bilangannya; penggolongan perihal menggolongkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |