Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.tas] | کأتس

Definisi : ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke atas

Puisi
 

Dibawa angin ke barat daya,
     Jatuh ia ke atas titi;
Kalau tuan ceritakan saya,
     Boleh saya pergi nanti.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tengadahmemandang ke atas, lwn tunduk: kemudian ~ ia ke langit; tunduk ~ a) sebentar tunduk sebentar memandang ke atas; b) berfikir dgn sungguh-sungguh, bekerja dgn tekun; menengadah memandang ke atas, meng­angkat kepala (tidak menunduk): aku ~ ke atas ke siling kamar; ~ matahari ki menen­tang pemerintah (pembesar); ~ membilang layas, menangkup mem-bilang lantai prb hendaklah difikirkan masak-masak sebelum membuat sesuatu pekerjaan; menengadahkan; ~ kepala (muka) meng­angkat kepala (muka) melihat ke atas, men­dongakkan muka (kepala).Kamus Dewan Edisi Keempat
unjuk; mengunjuk mengangkat serta menghulurkan tangan ke atas, ke hadapan dsb. mengunjukkan 1 menghulurkan (tangan) ke atas, ke hadapan ataupun kpd; menganjurkan: Masing-masing ~ tangan utk bersalam dgn pembesar itu. 2 memberikan sesuatu dgn tangan terhulur: Ia ~ buku itu kpd adiknya. pengunjukan perbuatan atau hal mengunjukkan; pemberian dgn tangan terhulur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menengadahmemandang ke atas, meng­angkat kepala (tidak menunduk): aku ~ ke atas ke siling kamar;Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggang Iterbalik, spt kepala ke bawah dan kaki ke atas (bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas); terjungkir. ~-tunggit a. tidak rata (ttg permukaan jalan dll); lekuk-lekak. b. (dlm keadaan) bergerak turun naik spt orang berjalan. c. terumbang-ambing spt perahu dimainkan gelombang dll. d. tunduk dan tegak semula spt orang bersembahyang. menunggangkan 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. 2 membalikkan supaya kepala ke bawah dan kaki ke atas atau bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas; menjungkirkan. tertunggang1 terbalik (yg di atas ke bawah dan yg di bawah ke atas); terjungkir. 2 tercurah isinya dr bekas atau dr tempatnya. bersetunggang berputar balik (ke­pala ke bawah dan kaki ke atas); berjungkir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kibas I; mengibas, mengibas-ngibas 1. bergerak-gerak ke atas ke bawah spt melambai atau mengipas; 2. menyebat (meja dll) dgn kain dll (utk menghilangkan debu dll), mengebas: dia ~ bangku itu dgn sapu tangan sebelum mendudukinya; mengibaskan, mengibas-ngibaskan menggerakkan (sayap dll) ke atas ke bawah spt melambai-lambai: seekor ayam jantan me-ngibas-ngibaskan kepaknya dan berkokok dgn nyaringnya; 2. mengibar-ngibarkan dgn keras (kain dll), mengebas: kain-kain hendaklah dikibaskan utk menghilangkan debu yg melekat padanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
jompak; berjompak, menjompak meng­ang­kat kaki hadapan ke atas, melompat dgn mengangkat kaki hadapan ke atas; berjompakan 1. berloncat-loncatan (dgn kaki hadapan terangkat ke atas); 2. ki ber­golak (air dll); ® dompak.Kamus Dewan Edisi Keempat
kirap I; mengirap 1. mengibar-ngibarkan (mengibas-ngibaskan, mengepak-ngepakkan) sayap; 2. menggerak-gerakkan perisai ke atas ke bawah, menangkis-nangkis dgn perisai: dikirapnya perisai menyalahkan parang pendekar itu; mengirapkan 1. mengibaskan, mengepak­kan (sayap), mengiraikan (kain dll); 2. meng­gerak-gerakkan ke atas ke bawah dsb (perisai, penangkis, dsb), mengayunkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tengadahmenghala ke atas (bkn ke­pala atau muka); lw tunduk: Sudah terhantuk baru ~. menengadah me­mandang ke atas; mengangkat kepala; mendongak: Dia ~ melihat burung-burung yg bertengger di pohon itu. menengadahkan; ~ kepala (muka) menghalakan kepala (mu­ka) ke atas; mendongakkan kepala (muka).Kamus Pelajar Edisi Kedua
membumbungnaik ke atas; terbang ke atas; naik tinggi-tinggi: Dr jauh kelihatan asap ~ dr serombong kapal yg sedang belayar itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dongakmendongak 1 memandang (melihat) ke atas; mencongak: Dia ~ melihat buah mangga yg sudah masak itu. 2 = terdongak terangkat sedikit ke atas (muka atau hujung sesuatu benda): Kapal terbang itu ~ sedikit sewaktu hendak naik. mendongakkan mengangkat muka (bahagian hujung atau bahagian hadapan sesuatu benda) ke atas; menjadikan terdongak: Dia ~ kepalanya utk melihat sesuatu yg aneh di angkasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas