rumput | 1. sj tumbuhan yg melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dsb): ~ benggala; ~ gerinting; ~ pahit; 2. sj tumbuhan yg kecil-kecil; ~ kejut-kejut (kemaluan) semalu; ~ rampai berbagai-bagai jenis rumput, banyak jenis rumput; ~ mencari kuda prb perempuan yg mencari laki-laki; bicarakan ~ di halaman orang, di halaman sendiri ~ sampai ke kaki tangga prb kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar; embun di hujung ~ prb sesuatu yg mudah hilang atau tidak tetap; ibarat ~ yg sudah kering, ditimpa hujan segar kembali prb perihal orang yg sengsara yg dgn tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga hidupnya terasa sangat berbahagia; terhenti-henti bagai ~ di tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu prb perihal kehidupan yg melarat; rumput-rumputan, rerumputan berbagai-bagai jenis rumput: mereka segera berbaris ke tengah ladang yg telah bersih drpd ~ sambil memikul galah; pemuda itu masih terbaring di atas rerumputan spt tadi sementara matanya masih basah; merumput 1. memotong rumput, menyabit rumput; 2. sedang makan rumput (lembu dll); 3. = merumputi menyiangi kerana membersihkan tanah, membuang rumput; 4. = merumputi menaruh tanah yg berumput (tanah bata) di; perumputan, rumputan tanah yg ada rumput, tanah yg ditumbuhi rumput, padang rumput. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejut | ; mengejut dgn tiba-tiba atau dgn tidak disangka-sangka berlakunya sesuatu: Beliau telah meninggal dunia secara ~. mengejutkan 1 menyedarkan orang drpd tidurnya dll; membangkitkan: Subuh-subuh lagi dia telah ~ kesemua anaknya. 2 menyebabkan terperanjat; memeranjatkan; menghairankan: Kedatangan isteri mudanya itu telah ~ para jemputan. terkejut 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. kejutan sesuatu yg mengejutkan atau yg memeranjatkan; kesan atau akibat drpd terkejut: Mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberikan ~ kpd mereka. Sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda. ~ budaya kejutan yg terjadi apabila seseorang dr sesuatu budaya secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah pd unsur-unsur kebudayaan lain, biasanya yg lebih tinggi tamadunnya, dan menimbulkan perasaan tersisih, tidak dpt menyesuaikan diri dsb dgn anggota kebudayaan lain. ~ elektrik pengaliran elektrik yg tiba-tiba dlm badan atau pd bahagian tertentu dlm badan yg menyebabkan rasa sakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejut | mengejut dgn tiba-tiba atau dgn tidak disangka-sangka berlakunya sesuatu:Beliau telah meninggal dunia secara ~. mengejutkan 1. menyedarkan orang drpd tidurnya dll; membangkitkan: Subuh-subuh lagi dia telah ~ kesemua anaknya. 2. menyebabkan terperanjat; memeranjatkan; menghairankan: Kedatangan isteri mudanya itu telah ~ para jemputan. terkejut 1. terjaga drpd tidur, terbangun; tersedar:Ia ~ drpd tidurnya. 2. tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat:Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. | Kamus Pelajar |
kejut | kaku (anggota, urat) disebabkan terperanjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedarkan dr tidur (khayalan, menungan, dll), membangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberangsangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat terkejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panggilan kejut | panggilan telefon yg bertujuan utk menyedarkan atau utk mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panggilan kejut | panggilan melalui telefon yg bertujuan menyedarkan atau mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memeranjatkan | menjadikan terkejut (kaget), mengagetkan, mengejutkan: tiba-tiba ia tersentak bangun seakan-akan ada sesuatu yg ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peranjat | ; memeranjatkan menjadikan terkejut (kaget), mengagetkan, mengejutkan: tiba-tiba ia tersentak bangun seakan-akan ada sesuatu yg ~nya; terperanjat kaget, terkejut: pengemis itu ~ dan kagum; keterperanjatan perihal atau keadaan terperanjat: ada yg mati kerana sakit teruk, atau mengalami ~ yg amat sangat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpisat-pisat | kehairanan kerana terkejut, termangu-mangu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pisat | ; terpisat-pisat kehairanan kerana terkejut, termangu-mangu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |