papan kekunci QWERTY(QWERTY keyboard) | Papan kekunci dengan bentangan kekunci piawai yang meletakkan huruf Q, W, E, R, T, Y di baris kiri atas papan kekunci. Papan kekunci ini digunakan pada hampir semua papan kekunci mesin taip, pemproses kata elektrik, dan komputer. | Kamus Komputer |
papan kekunci Dvorak(Dvorak keyboard) | Papan kekunci dengan bentangan kekunci yang dipatenkan oleh August Dvorak pada 1936. Papan kekunci ini meningkatkan kepantasan dan keselesaan menaip serta mengurangkan kesilapan dengan meletakkan huruf yang lebih kerap digunakan di tempat yang sesuai untuk jari. | Kamus Komputer |
pad angka(numeric pad) | 1. Papan kekunci kecil yang menempatkan kekunci untuk angka sahaja. Pad ini boleh merupakan sebahagian daripada papan kekunci utama atau wujud tersendiri. Pad ini membolehkan nombor ditaip dengan pantas. 2. Susunan kekunci untuk mesin kira atau telefon jenis tekan butang. | Kamus Komputer |
ketukan kekunci(keystroke) | Tindakan menekan dan melepaskan kekunci pada papan kekunci. | Kamus Komputer |
suis kekunci(key switch) | Peranti suis pada kekunci yang membolehkan tekanan pada kekunci diterima sebagai penutupan atau pembukaan salah satu sel dalam litar papan kekunci. | Kamus Komputer |
gulung lampau(rollover) | Keadaan apabila lebih daripada satu kekunci dalam papan kekunci ditekan serentak. Dengan itu sistem mestilah menentukan kekunci yang harus didahulukan. | Kamus Komputer |
kps | Singkatan bagi keystroke per second, iaitu ketukan kekunci per saat. Kps merupakan unit untuk mengukur kepantasan menaip pada papan kekunci dengan mengukur kadar kekunci yang ditekan dengan betul dalam sesaat. | Kamus Komputer |
pad kekunci(keypad) | Papan kekunci kecil yang biasanya menempatkan nombor, simbol matematik, dan perintah khas. | Kamus Komputer |
selidik papan kekunci(keyboard inquiry) | 1. Tindakan menyiasat kemajuan atur cara, kandungan ingatan atau maklumat lain melalui penggunaan papan kekunci. 2. Penyemakan taraf papan kekunci yang kerap dilakukan oleh pemproses utama untuk menyemak sama ada mana-mana kekunci telah ditekan. | Kamus Komputer |
kekunci rumah(home key) | 1. Kekunci yang digunakan untuk mengembalikan kursor ke kedudukan permulaan paparan. 2. Kekunci baris yang merupakan tempat permulaan kedudukan jari bagi penaipan pantas. | Kamus Komputer |