keputeraan | 1. darjat sbg putera raja: dia menjaga ~ raja Thai; 2. kelahiran; hari ~ hari kelahiran; ulang tahun ~ ulang tahun kelahiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lahir | 1. yg (kelihatan) di luar: kasih sayang yg ~; pd ~nya, ia sihat tetapi sebenarnya ia berpenyakit; ~ batin yg kelihatan dan yg tidak kelihatan, luar dalam, sepenuh hati; 2. berupa benda yg nyata, jasmani, maujud, keduniaan: perbezaan antara bentuk prosa dan puisi tidak terletak pd bentuk ~ sahaja, malahan pd batin; pengetahuan ~; 3. keluar dr kandungan (ibu dll), jadi, terbit: sejak dr ~nya lagi, dia bersifat begitu; hari ~ hari ketika seseorang itu diperanakkan; ~ mati (kanak-kanak yg) mati ketika lahir; di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur); yg ~ menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya; melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (perkataan, fikiran, dll), meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita; terlahir 1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~ dr mulut ibunya; 2. lahir (anak); kelahiran 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb), terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memungkinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita; pelahiran perihal atau perbuatan melahirkan: ~ golongan-golongan tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelahiran | 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb), terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memungkinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putera | 1. anak raja yg laki-laki; ~ mahkota anak raja bakal pengganti ayahnya (bakal raja); 2. anak atau anak laki-laki (utk menghormati); ~ Malaysia; ~ bumi bumiputera; berputera 1. mempunyai putera, beranak: adalah ia ~ dua orang; 2. melahirkan anak (laki-laki), bersalin: permaisuri pun ~lah seorang laki-laki; berputerakan sl mempunyai sbg putera (anak), beranakkan: adapun baginda itu ~ Sultan Mahmud; diputerakan dilahirkan (anak): baginda ~ di Istana Anak Bukit pd 28 November 1927; keputeraan 1. darjat sbg putera raja: dia menjaga ~ raja Thai; 2. kelahiran; hari ~ hari kelahiran; ulang tahun ~ ulang tahun kelahiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halaman | 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kampung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejadian | 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal terjadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjarangkan | 1. = memperjarang membuat supaya jarang (renggang dll); 2. menjadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menceriakan | 1. menjadikan sesuatu (ruang atau kawasan tertentu) ceria, membersihkan dan mencantikkan (mengindahkan): para pelajar diarah ~ bilik darjah semasa kempen kebersihan berlangsung; 2. menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, menggembirakan: kelahiran anak sulungnya ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu; 3. menjadikan sesuatu kelihatan menarik: pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu; 4. memurnikan, menyucikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genetik | (génétik) (Bio) 1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut drpd satu generasi kpd generasi lain melalui gen; 2. bkn pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genetik | /génétik/ ist 1 kajian ttg keturunan atau baka, dan cara individu mewarisi sesuatu ciri atau sifat, serta memindahkan ciri tsb dr satu generasi ke generasi lain melalui gen. 2 bkn pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |