sumbang kelakuannya | buruk lagi keji kelakuannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nakal | 1. suka melakukan sesuatu yg dilarang spt mengganggu dll (terutama kanak-kanak), tidak menurut kata: Nadan memang ~, kadang-kadang dia mencuri duit ayahnya; 2. buruk kelakuannya, jahat: isterinya yg ~; menakal nakal atau jahat kelakuannya, berkelakuan nakal; menakali membuat nakal kpd, mencerobohi, mengganggu (orang); ~ isteri orang mengganggu isteri orang; kenakalan perihal nakal, kejahatan: risau ia melihat ~ anaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gila | 1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): kelakuannya spt orang ~; rumah (sakit) ~ rumah sakit tempat menggubat orang gila; anjing ~ anjing yg kena penyakit, anjing yg berbahaya; 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; anyam ~ anyam yg tidak tentu coraknya; harga ~ harga yg bukan biasa, terlalu mahal (murah); main ~ melakukan sesuatu sekehendak hati sahaja (spt meninggalkan tugas atau kerja sesuka hati, berzina, dll); 4. ki terlalu gemar (asyik, sayang, cinta, dll) akan sesuatu: dia tu ~ menengok wayang; ~ angau sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila urat; ~ anjing = penyakit anjing ~ sj penyakit virus yg berbahaya pd anjing; ~ asyik (berahi, hati) terlalu cinta (asyik); ~ babi = ~ sawan sj penyakit ayan, pitam (sawan) babi, epilepsi; ~ bahasa = ~-~ bahasa rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu, dll perangainya); ~ bayang cinta akan seseorang yg tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas); ~ bayang-bayang perasaan ingin akan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; ~ gadis (perempuan) terlalu gemar akan perempuan; ~ hormat sangat suka dihormati (dimuliakan) orang; ~ isim gila kerana tersalah mengamalkan (menuntut) ilmu batin; ~ judi terlalu suka bermain judi; ~ kebangsaan selalu bersemangat (berusaha) utk memperjuangkan (memajukan) bangsanya; ~ kuasa sangat ingin mendapat kuasa; ~ pangkat a) sentiasa ingin mendapat (mengejar) pangkat; b) berubah kelakuannya (sikapnya) setelah mendapat pangkat tinggi; ~ politik selalu asyik dgn cita-cita (kegiatan-kegiatan) politik; ~ renang = ~-~ air agak kurang sihat ingatannya (fikirannya); ~ seks kecenderungan atau keinginan yg melampau (kuat) terhadap aktiviti seksual; ~ talak tidak sihat fikirannya kerana bercerai (selalu teringat-ingat akan bekas isteri atau suaminya); ~ urat sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila angau; tiap ~ tiap berkongkong, tiap mandi tiap bergosok prb spt orang yg berbicara, setiap kali berbicara, setiap kali membayar belanja perbicaraan; gila-gila 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini; bergila-gila 1. = gila-gilaan, menggila berkelakuan (berperangai dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja); 2. = tergila-gila terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg ~ mahu hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; 3. = menggila semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan; menggila 1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan (belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal, dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di atas air spt ular kena palu; menggilai 1. terlalu mengasihi (mencintai, mengingini, dll): siapa nama perempuan yg digilainya?; memperoleh sotong-sotong yg ~ cahaya api; 2. = menggilakan Mn menjaga (memelihara, melayani, dll) baik-baik; menggilakan 1. menjadikan (menyebabkan) gila, membuat supaya gila; 2. = mempergilakan menganggap (melayani dll) spt orang gila, mempermainkan (memperolokkan); 3. Mn menjaga (memelihara); tergila-gila terlalu suka (ingin, asyik, dll) sangat: jangan ~ sangat hendak kahwin; tergila-gilakan terlalu sangat suka (ingin, asyik, cinta, dll) akan (seseorang atau sesuatu): abang sudah ~ gadis lain; ~ kuasa; kegilaan 1. perihal gila; 2. terlampau sangat suka (asyik): pemuda-pemuda yg ~ dan kedahagaan wanita mengajak pelayan-pelayan itu berbual; penulis-penulis muda di Singapura ~ mengadakan perjumpaan; 3. keadaan (peristiwa dll) yg tidak biasa atau berlebih-lebihan: memandang ~ alam dgn warna-warna senjanya yg keras, terang, pekat, kacau dan menakutkan; peristiwa seumpama itu ialah peristiwa yg boleh dikatakan ~; 4. ketololan, kebodohan; kegila-gilaan 1. sedikit gila, agak gila; 2. seakan-akan gila tampaknya: kalau diteruskan, hasilnya adalah bercorak ~ sahaja; gelak ketawa yg terlalu ~; 3. terlalu suka (asyik, gemar, dll) sangat, tergila-gila. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pujur | buruk kelakuannya (perangainya, tabiatnya), cabul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertawaan | bahan ketawa: kelakuannya yg kebudak-budakan itu menjadi ~ orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sundal | 1 tidak elok kelakuannya (bkn perempuan); jahat. 2 perempuan yg buruk perangainya; perempuan jalang. menyundal menjadi sundal; melacur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jahat | tidak baik (perangainya, kelakuannya); buruk lakunya: Budak yg ~ itu selalu mencuri duit orang. berjahat 1 melakukan perbuatan yg jahat (berzina dll). 2 berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. menjahati melakukan perkara jahat kpd: Tak usahlah ~ orang yg lemah. kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat. penjahat orang yg berbuat jahat (penyamun dll): ~ itu dpt ditangkap oleh polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buruk laku | tidak baik kelakuannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baik | 1 tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2 tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3 pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4 tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5 kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1 berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2 berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan); menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1 hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2 hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. sebaik 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angin-anginan | orang yg kelakuannya tidak tetap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |