setengah-setengah | 1. beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, sese-tengah: sesudah sembahyang maghrib ~ orang berangkat pulang, ~ pula duduk berzikir; dlm bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan kata pinjaman dibunyikan sbg a tetapi yg lain sbg e pepet; 2. tidak dikerjakan (diselesaikan) dgn sempurna, kepalang, kepalang tanggung, tanggung-tanggung: kalau bekerja hendaklah betul-betul jangan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepalang tanggung | tidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepalang | 1 = alang ~ tidak cukup; sedikit. bukan alang ~, = bukan ~ amat sangat; bukan main; melampau. 2 = ~ tanggung tidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepalang tanggung | = tangung-tanggung tidak mencukupi keperluan, kurang sempurna, setengah-setengah: bekerja jangan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepalang tanggung | kurang sempurna, tidak cukup, tanggung-tanggung: kalau kita tidak mempunyai cukup persediaan, ~lah kita mengadakan Hari Raya tahun ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepalang | 1. = alang ~ (terlalu, sangat) sedikit, tidak memadai, tidak berapa atau tidak cukup (besar, tinggi, dll); bukan (alang) ~ bukan sedikit, (terlalu) banyak, bukan buatan, bukan main, amat sangat: bukan alang ~ perbelanjaannya; medannya indah bukan ~, rantaunya luas bagai dibentang; bukan ~ terperanjatnya dia; 2. = ~ tanggung kurang sempurna, tidak cukup, tanggung-tanggung: kalau kita tidak mempunyai cukup persediaan, ~lah kita mengadakan Hari Raya tahun ini; jangan ~ jangan tanggung-tanggung (kurang sempurna), jangan tidak mencukupi; 3. = sudah ~ sudah terlanjur, sudah separuh jalan (membuat sesuatu): sudah ~ dibuat biarlah dihabiskan kerja itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepalang | 1. = alang ~ tidak cukup; sedikit. bukan alang ~, = bukan amat sangat; bukan main; melampau. 2. = ~ tanggung tidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna. | Kamus Pelajar |
bukan kepalang | amat sangat; bukan main; melampau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alang kepalang | tidak cukup; sedikit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alang kepalang | ada tetapi tidak mencukupi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |