perkasa | 1 berani lagi bijak dlm peperangan: Hang Tuah merupakan hulubalang Melayu yg ~. gagah ~ gagah serta berani. 2 kuat dan berkuasa; hebat: memperkasakan menjadikan perkasa (hebat, unggul dsb): Usaha dijalankan utk ~ bahasa Melayu. keperkasaan 1 keadaan atau sifat berani lagi bijak (dlm peperangan): Dia tahu benar akan ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka. 2 keadaan kuat dan berkuasa; kehebatan: Kebimbangan sesetengah pihak timbul ekoran daya saing yg muncul drpd ~ ekonomi negara-negara Asia. pemerkasaan perbuatan, usaha dsb memperkasakan: Kongres meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkasa | 1. = gagah ~ gagah berani: Hang Tuah terkenal sbg seorang hulubalang Melayu yg ~; 2. berkuasa, hebat, kuat; dgn ~ dgn paksa (kekerasan); memperkasakan menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dsb): usaha utk ~ industri minyak sawit perlu dilakukan segera; ~ bahasa Melayu; keperkasaan 1. perihal perkasa, keberanian, kegagahan: dia tahu benar ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka; 2. kekuasaan, kekuatan, kekerasan; pemerkasaan perihal (perbuatan, usaha atau tindakan) memperkasakan: kongres tersebut turut meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keperkasaan | 1 keadaan atau sifat berani lagi bijak (dlm peperangan): Dia tahu benar akan ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka. 2 keadaan kuat dan berkuasa; kehebatan: Kebimbangan sesetengah pihak timbul ekoran daya saing yg muncul drpd ~ ekonomi negara-negara Asia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keperkasaan | 1. perihal perkasa, keberanian, kegagahan: dia tahu benar ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka; 2. kekuasaan, kekuatan, kekerasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berani I | 1. gagah (bukan pengecut), perkasa: adikku ialah seorang yg ~; 2. tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan dll): fikiran ini tidak ada orang yg ~ menafikan; ~ lalat berani di belakang lawan (kalau berhadapan takut); ~ mati tidak takut mati; ~ udang tidak tetap hati, cemas hati; barisan (pasukan) ~ mati tentera yg berani mengorbankan jiwanya; ~ hilang tak hilang, ~ mati tak mati prb mengerjakan sesuatu hendaklah dgn keberanian; ~ malu, takut mati prb pengecut; ~ menjual, ~ membeli prb a) apa-apa yg dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain); b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga; ~ pegang, ~ tanggung = barang siapa ~ mengamang, tak dapat tidak melawan prb tiap-tiap yg dicakapkan akan berani pula dikerjakan; memberanikan 1. memberangsangkan, menggalakkan: kemenangan itu ~ lagi orangorang Islam; 2. = memberani-beranikan menjadikan (diri sendiri) berani, membuat (memaksa diri) supaya berani: “Saya tidak akan bimbang dgn tidak bersebab,” katanya dgn hati yg diberani-beranikan;keberanian kegagahan, keperkasaan: dia mendapat pangkat itu dgn ~ dan pengorbanan; pemberani sangat berani, orang yg sangat berani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |