terkereseng | ; mulut ~ mulut menyeringai (mengerising, tersengih), mulut yg terbuka kerana bibir sumbing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kotor | 1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemarkan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), keburukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotorkan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kereseng | (keréséng) pecah kulitnya, rekah, terbuka sedikit hingga kelihatan isinya; terkereseng; mulut ~ mulut menyeringai (mengerising, tersengih), mulut yg terbuka kerana bibir sumbing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulut terkereseng | mulut menyeringai (mengerising, tersengih), mulut yg terbuka kerana bibir sumbing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melopong | ternganga mulut kerana tercengang atau kehairanan: Dia ~ mendengar orang itu bercerita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melongo | terbuka mulut (kerana hairan dll), ternganga, tercengang: ibu ~, bapa berdiri sambil mengerutkan keningnya, kami semua bingung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terngap-ngap | terbuka mulut kerana bernafas dgn kencang (setelah penat berlari dll); tercungap-cungap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lopong | ; melopong ternganga mulut kerana tercengang atau kehairanan: Dia ~ mendengar orang itu bercerita. terlopong dlm keadaan melopong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersememeh | berselekeh mulut (kerana terpalit kuih dll), cemuas, comot: solekan ~ apabila kita berpeluh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ngap | ; terngap-ngap terbuka mulut kerana bernafas dgn kencang (setelah penat berlari dll); tercungap-cungap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |