deritaan | perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merintih | 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh, mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg sedang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah: mereka selalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih, pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, katanya dgn suara ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rintih I | = rintihan 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan anggota kesatuan itu terhadap penindasan setengah-setengah pihak majikan; 3. kesusahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; merintih 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh, mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg sedang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah: mereka selalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih, pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, katanya dgn suara ~; merintihi melahirkan perasaan susah (sedih, kesal, kecewa, dsb) terhadap sesuatu: ~ nasib malang yg menimpanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melecur | melepuh (spt kulit kena air panas), mengelupas, menggelembung dan berair (kulit): tidak dapatlah dikatakan dahsyatnya kesakitan yg dideritanya, badannya ~ seluruhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lecur I | ; melecur melepuh (spt kulit kena air panas), mengelupas, menggelembung dan berair (kulit): tidak dapatlah dikatakan dahsyatnya kesakitan yg dideritanya, badannya ~ seluruhnya; melecuri menjadikan sesuatu lecur: asap industri menggelapkan ruang angkasa dan ~ tumbuh-tumbuhan; melecurkan menyebabkan jadi melecur (dgn menjiruskan air panas dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rintihan | 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan anggota kesatuan itu terhadap penindasan setengah-setengah pihak majikan; 3. kesusahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derita I | kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb) yg dialami: sejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan; menderita 1. menanggung kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; menderitakan membuat seseorang mengalami derita; terderita, terderitakan dapat dideritai (ditanggung), tertanggung, tertahan: bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya; deritaan perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah; penderitaan 1. perihal menderita, penanggungan: ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan; penderita 1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap (benda) yg menjadi tujuan kata kerja (perbuatan) dlm ayat: dlm ayat ‘dia menyepak bola’, ‘bola’ ialah ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terseringai | 1. terbuka sedikit mulutnya (spt orang tersenyum) dan tergerenyot bibir atau muka: kawannya itu ~ kesakitan; bahagian kepala Razak terasa sakit dan dia ~ me-nahannya; 2. tersengih dan kelihatan gigi-nya, terkernyih, tergerenyot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bisa I | 1. bahan beracun yg terdapat pd sesetengah jenis binatang (spt ular, kala, labah-labah, dsb), yg dipindahkan kpd mangsanya dgn cara mematuk (menggigit, menyengat, dsb); 2. kesan yg menyebabkan kesakitan yg amat sangat (drpd senjata spt keris, tombak, peluru, dsb): ~ keris Taming Sari; 3. kesan yg menyakitkan atau membahayakan yg diakibatkan oleh benda-benda tajam (spt paku, kuku, taring, buluh, dsb): ~ paku berkarat; 4. terlalu sakit sehingga tidak tertahan (bkn sengatan, patukan, tikaman, penyakit, dsb): aduh, ~nya penyakitku ini! 5. ki menyakitkan hati atau perasaan (bkn kata-kata), pedas: mulutnya memang ~; ~ kawi kekuatan ghaib (spt tulah dsb) yg menimpa orang kerana melanggar adat dsb; adakah hilang ~ ular menyusup di bawah akar prb orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri; alah ~ tegal biasa prb bahaya hilang kerana kebiasaan; pisau senjata tiada ~, ~ lagi mulut manusia prb lebih sakit lagi dilukai dgn kata-kata drpd dgn senjata;berbisa mengandungi bisa;kebisaan kena bisa, menderita kerana kena bisa: Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perih | Jw 1. pedih: masing-masing berasa ~ perut kerana belum makan lagi; 2. ki payah, susah, tidak senang: kalau engkau lama di kampung engkau akan mengetahui baga-mana ~nya kehidupan petani-petani di kampung ini; jerih ~ susah payah; memerihkan menyusahkan, tidak menyenangkan; keperihan 1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasaan): dia sendiri dapat berasa ~ yg mencengkam hatinya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |