efektif | (éféktif) ada kesannya (pengaruhnya), berkesan, mujarab (bkn ubat): satu sistem perkhidmatan awam yg ~ tidak akan wujud semata-mata kerana pelaksanaan disiplin yg kuat sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
efektif | /éféktif/ 1 ada kesannya (akibatnya, pengaruhnya); berkesan. 2 dpt mendatangkan hasil yg diharap-harapkan (bkn tindakan, usaha dsb). 3 dpt menyembuhkan (bkn ubat); mujarab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perapian | proses atau perbuatan merapikan: Kesannya menakjubkan setelah rambut menjalani ~ oleh bahan tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antiklimaks | keadaan atau perasaan yg kesannya turun atau menjunam dgn tiba-tiba drpd keadaan atau aliran yg memuncak: Para penonton kecewa kerana bahagian akhir drama itu merupakan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebankrapan | keadaan atau kejadian bankrap, kemuflisan: kesannya terhadap sektor pengilangan berasaskan eksport sangat teruk, menyebabkan ~ dan pengangguran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
efektif | /éféktif/ 1.,/b> ada kesannya (akibatnya, pengaruhnya); berkesan. 2. dpt mendatangkan hasil yg diharap-harapkan (bkn tindakan, usaha dsb). 3. dpt menyembuhkan (bkn ubat); mujarab. | Kamus Pelajar |
resap | hilang, lenyap, lesap: cecair itu ~ cepat dan kesannya tidak lama; tuan puteri pun ~lah tiada ketahuan halanya; meresap 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; meresapi meresap ke dlm, memasuki rata-rata: lantai hendaklah dibuat drpd bahan yg tidak boleh diresapi air; seluruh alat negara telah diresapi oleh pengaruh samurai; meresapkan menyerapkan, memasukkan rata-rata: aku berbaring-baring di tanah utk ~ khasiat drpd sinar matahari yg membakar ke dlm tubuhku; teresap sudah diresapkan (diserapkan), termasuk dalam-dalam (rata-rata); resapan perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pengaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; keresapan perihal atau keadaan resap atau teresap; peresapan perihal (proses dsb) meresap: ~ gas; ~ unsur-unsur budaya material. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antiklimaks | keadaan yg menjunam atau turun secara tiba-tiba kesannya (keistimewaannya dll) drpd suatu keadaan atau aliran yg memuncak, penurunan yg berbeza sama sekali drpd aliran memuncak sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berekor | 1. mempunyai ekor, ada ekor; 2. ki berterusan akibatnya (kesannya dsb), berpanjangan, berlanjutan: baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke dlm mahkamah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maya(virtual) | Sifat sistem atau objek yang wujud dalam bentuk kesannya, tetapi tidak secara nyata. | Kamus Komputer |