sembunyi | tidak dpt dilihat kerana terlindung. sembunyi-sembunyi secara tidak dpt dilihat atau tidak diketahui orang: Dia membuat kerja itu ~. bersembunyi berlindung diri supaya tidak dpt dilihat; menyorok: Dia ~ di balik pintu. menyembunyikan 1 menaruh sesuatu supaya tidak dilihat orang; melindungkan; menyorokkan: Budak-budak nakal telah ~ kasutnya. 2 tidak memberitahukan sesuatu; merahsiakan: Janganlah kamu semua hendak ~ perkara itu drpd kami. tersembunyi tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; terlindung; tersorok: Mereka menggunakan tongkat besi yg tajam utk mencari telur yg ~ itu. persembunyian 1 tempat menyembunyikan sesuatu; tempat bersembunyi. 2 perbuatan atau hal bersembunyi. penyembunyian perbuatan atau hal menyembunyikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serapah | kutuk, sumpah: baharulah diketahui-nya naga itu dewa kena ~ juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketelanjangan | keadaan atau perihal telanjang; keadaan diketahui dan bukan rahsia lagi: ~ perkara itu merupakan sesuatu yg tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dabbatulardi | sl binatang melata yg ada di bumi: ketahui olehmu itulah ~ yg dikeluarkan Allah pd akhir zaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersembunyi | tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; terlindung; tersorok: Mereka menggunakan tongkat besi yg tajam utk mencari telur yg ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sembunyi-sembunyi | secara tidak dpt dilihat atau tidak diketahui orang: Dia membuat kerja itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memisalkan | mengumpamakan, mengibaratkan: dimisalkan dia sungguh melamar diriku, tentu harus kita ketahui asal usul dan sifat tabiatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memustahilkan | menganggap mustahil, menganggap tidak mungkin: jangan ~ sesuatu kejadian yg belum kamu ketahui; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
(per)hubungan rahsia | (per)hubungan yg senyap-senyap (diam-diam) dgn tidak diketahui orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesalan | 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg disesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |