keterusan | keadaan atau hal terus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesinambungan | perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sinambung | ; bersinambung, bersinambungan berlanjutan, berterusan, berpanjangan: bahasa Melayu sudah melalui proses perubahan yg panjang dan bersinambungan sehingga mencapai taraf kemantapan; kesinambungan perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; ketidaksinambungan perihal (keadaan dsb) tidak bersinambungan (tidak berterusan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terus | 1 tidak singgah atau tidak berhenti di mana-mana: Kapal terbang yg kami tumpangi itu terbang ~ ke London. 2 tidak berlengah-lengah atau tidak bertangguh lagi; langsung; lalu: Sesampai di kampung, aku ~ pergi ke rumah datuk penghulu. 3 tidak henti-henti; tidak putus-putus (ttg peperangan dll): Pertempuran sengit ~ menghebat hingga jauh malam. berterusan berlaku dgn tidak henti-henti; berpanjangan; berlanjutan. terus-menerus 1 tidak henti-henti; berterusan: Mestikah mereka ~ hidup dlm kemiskinan? 2 secara langsung (ttg siaran televisyen); bukan rakaman: Pertandingan bola itu akan disiarkan ~ oleh RTM pd malam ini. menerusi dgn perantaraan; melalui: Pencuri masuk ke dlm rumah itu ~ tingkap. Dia mengirim wang itu ~ kawannya. meneruskan menyambung perjalanan, pelajaran dll; melanjutkan: Keesokan harinya, pengembara-pengembara itu pun ~ perjalanan mereka kembali. Saya bercita-cita hendak ~ pelajaran saya ke universiti. terusan sungai buatan yg menyambungkan dua buah lautan (biasanya utk pelayaran): ~ Panama; ~ Suez. keterusan keadaan atau hal terus. penerusan perbuatan atau hal meneruskan; penyambungan; pelanjutan. penerus orang yg meneruskan: ~ warisan bangsa. seterusnya 1 selepas itu; sesudah itu; selanjutnya: ~, Datuk Mufti menerangkan segala rukun haji. 2 sejak itu; bermula dr sekarang. 3 = dan ~ dan yg lain-lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |