Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketua-tuan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ketuan-tuananspt seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dll): “Saya pegawai Kera­jaan”, Encik Ramli berkata ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tuan1. orang tempat menghambakan diri: orang kulit putih di Amerika masa itu banyak yg menjadi ~ kpd hamba abdi drpd bangsa Negro; ~ hamba sl tuan; 2. a) = ~ punya pemilik (kedai, perusahaan, dll): jika kereta yg dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa; b) kepala atau pengurus (pejabat, perusahaan, dll); ~ kebun pengusaha (pengurus) kebun; 3. orang laki-laki (yg dihormati): ~ yg datang semalam datang lagi pagi tadi; sepeda ~ Id basikal utk orang laki-laki; 4. a) panggilan bagi orang laki-laki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ doktor; ~ hakim; T~ Syed Nasir; b) sl panggilan (sebutan) bagi wanita bangsawan: ~ puteri; mengapatah maka ~ hamil maka dibuangkan; 5. kata ganti yg halus bagi orang laki-laki atau perempuan yg dilawan bercakap (engkau atau awak yg lebih halus): ~ sendiri sudah tahu asal saya dr Kampung Balimbing; 6. panggilan bagi orang laki-laki bangsa Eropah: ~ dan memnya tidak meninggalkan pesan apa-apa ketika mereka keluar tadi; ~ besar a) ketua perusahaan (ladang dll); b) Id ark Gabenor Jeneral; ~ kecil a) = ~ muda anak sulung laki-laki dlm sesuatu keluarga atau adik laki-laki tuan rumah; b) penolong (wakil) tuan besar (perusahaan dll); ~ rumah a) orang yg memiliki rumah, ketua rumah (keluarga); b) orang yg meraikan tetamu (biasanya pd majlis yg diadakan di rumahnya atau yg dianjurkannya); ~ tamu ark tuan rumah; ~ tanah pemilik tanah; tuan-tuan 1. orang laki-laki (sekalian yg hadir): ~ yg dihormati, silalah duduk; 2. sl orang bangsawan, ningrat: maka ~ itu pun nak ke darat dgn segala persembahannya, lalu berjalan ke Bukit Siguntang; anak ~ anak raja-raja; bertuan 1. ada tuannya (pemiliknya), mem-punyai penguasa: semua tanah yg dulunya hutan di kawasan itu sekarang sudah ~ dan akan diusahakan; 2. bertindak (bersikap) sbg tuan: semenjak kematian bapanya dia ~ di sini; 3. memanggil atau menyebut tuan (kpd): janganlah ~ lagi kpd saya, panggillah saya ‘abang’ sahaja; bertuankan 1. mempunyai sbg tuan, ber-ketuakan: kalaulah ini benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dr segi teknologi bahkan juga dr segi pengurusan; 2. meng-hamba kpd, menganggap sbg tuan kpd: pd bicara dinda tiada mahu dinda ~ lain drpd Yang Dipertuan; janganlah kita ~ anak raja seorang ini; menuani menguasai, memiliki; menuankan menjadikan tuan, memanggil tuan (kpd orang yg dilawan bercakap): Tuan Bob dituankan oleh orang-orang suruhan­nya, diayahkan oleh peringkat anak-anak; mempertuan, mempertuankan meng­anggap (mengakui) tuan: yg mana baik berkenan ke bawah duli tuanku akan ganti duli tuanku itulah patik sekalian sembah dan pertuan; dipertuan; bangsa yg ~ bangsa yg meng-anggap dirinya lebih tinggi atau mulia drpd bangsa lain; hak yg ~ hak atau kedaulatan ke atas sesuatu daerah (negeri); mempertuani ark menguasai; tuanan bangsawan, ningrat; anak ~ anak tuan-tuan; ketuanan hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan: utk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak; ketuan-tuanan spt seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dll): “Saya pegawai Kera­jaan”, Encik Ramli berkata ~; pertuanan 1. golongan orang bangsawan, kaum ningrat: tatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiring-kan oleh segala pegawai dan ~; Dewan P~ dewan yg dianggotai oleh orang bangsawan dlm parlimen Inggeris; 2. kuasa pemerintahan (ke atas negara dll): dgn itu pemerintahan atau ~ Siam di atas kedua-dua negeri itu pun diiktiraf; 3. = hak ~ kedaulatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gabenor1. gelaran yg tidak digunakan lagi bagi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri (ketua negeri) Pulau Pinang dan Melaka; 2. ketua sesebuah negeri di Amerika Syarikat: ~ California; 3. orang yg dilantik (oleh raja dsb) utk menjadi ketua sesebuah negeri atau wilayah (biasanya tanah jajahan); ~ jeneral ketua pemerintah negeri jajahan (tertentu); 4. Id ketua pemerintah provinsi, penyelia, pengurus, ketua (yayasan, bank, dll); 5. orang yg mengetuai sesebuah organisasi atau institusi: G~ Bank Negara Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuan1 panggilan bagi orang lelaki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ hakim. 2 panggilan bagi wanita bangsawan (spt puteri raja): ~ puteri. 3 kata ganti nama diri bagi orang lelaki atau orang perempuan yg di­lawan bercakap: ~ hendak ke mana? 4 yg empunya; pemilik: Siapa ~ kedai ini? 5 orang tempat seseorang meng­hambakan diri; lw hamba: ~ saya baru saja keluar. ~ rumah a. pemilik rumah. b. orang yg meraikan tetamu. tuan-tuan sekalian orang yg hadir dlm sesuatu keramaian, majlis dll: Saya mengucapkan berbanyak-banyak te­rima kasih atas kerjasama ~. bertuan ada tuannya atau ada pemiliknya; mem­­­punyai penguasa: Rumah ini belum ~ lagi. bertuankan menerima atau mengakui seseorang sbg tuan. menuani berlaku sbg tuan terhadap (sesuatu atau seseorang); menguasai; memiliki. menuankan menjadikan sbg tuan; memanggil tuan kpd orang yg dilawan berbicara. ketuanan hak memerintah; kekuasaan: Kublai Khan mendesak Singhasari menerima ~ Mongol. pertuanan 1 golongan bangsawan. 2 pemerintahan. dipertuan dimuliakan. Yang di-Pertuan Agong ketua negara Malaysia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tuan besara) ketua perusahaan (ladang dll); b) Id ark Gabenor Jeneral;Kamus Dewan Edisi Keempat
cincuketua atau wakil tuan punya kapal.Kamus Dewan Edisi Keempat
budi1. akal, kebijaksanaan: pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; 2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; 3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan: banyak benar ~ emak kpd kami; berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang; membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); menabur ~ sering membuat kebaikan; menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dsb) kpd orang; mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang; 4. bicara, daya upaya: apa ~ kita utk menentang kekejamannya? ~ bahasa tingkah laku dan pertuturan; ~ bicara a) akal; b) kebebasan membuat pertimbangan yg sewajarnya drpd seseorang yg dianggap berkuasa (berwibawa) dlm sesuatu hal: segala-galanya bergantung pd ~ bicara Ketua Pengarah; kurang ~ teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan; sebab ~ boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan); sebudi; (dgn) ~ akal dgn segala daya upaya, dgn bersungguh-sungguh; berbudi 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; memperbudikan Mn memperdayakan, menipu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuan rumaha) orang yg memiliki rumah, ketua rumah (keluarga); b) orang yg meraikan tetamu (biasanya pd majlis yg diadakan di rumahnya atau yg dianjurkannya);Kamus Dewan Edisi Keempat
hakim1 pegawai yg mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah: Tuan ~ yg membicarakannya mendapati ia tidak bersalah dan telah dibebaskan. ~ Besar ketua hakim. 2 orang yg dilantik utk mengadili sesuatu pertandingan atau permainan: Tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah. berhakim, = ~ kpd minta diadili oleh; minta pengadilan drpd: Marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa yg bersalah dan siapa yg benar. menghakimi berlaku atau bertindak sbg hakim terhadap; mengadili: Serahkan perkara itu kpd dia, kamu jangan ~nya. kehakiman hal-hal mengenai urusan undang-undang dan pengadilan: jabatan ~. penghakiman perbuatan (tindakan) menghakimi sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hakim1. pegawai yg mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah: Tuan ~ yg membicarakannya mendapati ia tidak bersalah dan telah dibebaskan. ~ Besar ketua hakim. 2. orang yg dilantik utk mengadili sesuatu pertandingan atau permainan: Tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah. berhakim, = ~ kpd minta diadili oleh; minta pengadilan drpd: Marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa yg bersalah dan siapa yg benar. menghakimi berlaku atau bertindak sbg hakim terhadap; mengadili: Serahkan perkara itu kpd dia, kamu jangan ~nya. kehakiman hal-hal mengenai urusan undang-undang dan pengadilan: jabatan ~. penghakiman perbuatan (tindakan) menghakimi sesuatu.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas