Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kim


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tindak balastindakan yg diakibatkan oleh suatu tindakan lain; ~ berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlaku mengikut dua arah yg berlawanan; ~ fotokimia (Kim) tindak balas yg disebabkan oleh cahaya; ~ kimia perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru (lazimnya disertai pembebasan atau penye­rap­an tenaga); ~ kondensasi (Kim) tindak balas yg berlaku antara satu molekul dgn molekul yg lain utk membentuk molekul yg lebih besar (dgn menyingkirkan molekul kecil spt air dll); ~ nuklear (Fiz) tindak balas yg melibatkan perubahan dlm nukleus sesuatu atom; ~ penambahan (Kim) tindak balas yg melibatkan penambahan molekul pd ikatan berganda tanpa penyingkiran sebarang molekul kecil; ~ penggantian = ~ penyesaran (Kim) tindak balas yg melibatkan pertukaran sesuatu unsur atau radikal dgn unsur atau radikal lain; ~ rantaian (Kim) sj tindak balas kimia yg berlangsung mengikut mekanisme langkah demi langkah, secara berturutan, dgn setiap langkah menjana bahan reaktif yg menyebabkan langkah seterusnya berlaku; ~ redoks (Kim) tindak balas penurunan dan pengoksidaan yg berlaku serentak dlm sesuatu tindak balas kimia; ~ tak berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlangsung mengikut satu arah; bertindak balas berlaku tindak balas: kalsium karbonat ~ dgn asid hidroklorik utk meng-hasilkan karbon dioksida, air dan kalsium klorida; menindakbalaskan melakukan tindak balas, menjadikan bertindak balas: ~ asid hidroklorik dgn kalsium karbonat; penindakbalasan proses menindak­balas­kan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
hidrat(Kim) sebatian drpd air dgn sebatian atau unsur lain; menghidratkan 1. (Kim) menyebabkan se­suatu bergabung dgn air secara kimia; 2. menjadikan sesuatu lembap: penyegar muka ~ kulit dgn lembut; penghidratan (Kim) 1. penghasilan ion drpd molekul air dgn sesuatu bahan; 2. tindak balas penambahan air kpd alkena utk menghasilkan alkohol, atau kpd alkuna utk menghasilkan keton.Kamus Dewan Edisi Keempat
sulfur(Kim) sj unsur bukan logam, belerang; ~ dioksida (Kim) sj gas yg tidak berwarna (terdapat apabila sulfur terbakar dlm udara).Kamus Dewan Edisi Keempat
volumetri(volumétri) (Kim) kaedah penyukatan mengikut isi padu; analisis ~ (Kim) kaedah analisis cecair atau gas mengikut isi padu.Kamus Dewan Edisi Keempat
nombortanda yg menyatakan bilangan, angka; ~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom (Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur nombor yg mengandungi nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat = ~ penuh nombor yg tidak ada angka pecahan; ~ ganjil nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg tidak berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm buku daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim) bilangan neutron dlm sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak yg berwajib, mis bagi kereta dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg di­per­untukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk me­ngeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ peng­oksidaan (Kim) bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; ~ perduaan (Mat) nombor yg menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~ perlapanan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor pendaftaran pd kenderaan bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik atau terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran dlm sesuatu siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih); bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan; menombori memberi bernombor, mem­berikan nombor (bilangan) kpd; penomboran perihal (perbuatan dsb) me­nombori (sesuatu): ~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyulinganperbuatan menyuling; ~ berperingkat (Kim) penyulingan utk meng­asingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn meng­gunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk meng­asingkannya drpd bahan yg tidak meruap;Kamus Dewan Edisi Keempat
formula1. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis formula utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, rumus; 2. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, rumus; 3. kaedah (cara, tindakan, rancangan dsb) utk mencapai sesuatu hasil (kejayaan dsb) atau menyelesaikan sesuatu masalah dsb dgn sebaik-baiknya: negara-negara anggota berbincang utk mencari ~ paling mujarab utk menyelesaikan masalah ekonomi yg sedang mencengkam dunia; saya tidak ada ~ tertentu utk mencapai matlamat ini; 4. senarai bahan, arahan dsb dlm menghasilkan sesuatu ubat dsb; 5. pengelasan atau perlumbaan kereta lumba berdasarkan kapasiti enjin, saiz enjin dsb: F~ Satu; F~ Tiga; F~ 2000;~ am (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom (mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); ~ empirik = ~ empiris (Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena); ~ kimia (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; ~ molekul (Kim) formula yg menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan C2H5OH bagi etanol); F~ Satu perlumbaan kereta profesional bertaraf dunia yg sangat berprestij; ~ struktur (Kim) formula yg menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dlm sesuatu molekul sebatian; berformulakan berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula: penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak yg terlibat.Kamus Dewan Edisi Keempat
garam1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam.Kamus Dewan Edisi Keempat
sirirangkaian sesuatu yg sama (spt cerita, buku, peristiwa, dll) yg dikeluarkan (diadakan, disiarkan, dll) berturut-turut: inilah ceramah yg kedelapan dlm ~ ceramah ilmiah; ~ aktinid (Kim) siri unsur radioaktif dlm jadual berkala, bermula dgn aktinium dan berakhir dgn lawrensium; ~ homolog (Kim) siri sebati­an karbon drpd jenis yg sama dan diwakili satu formula am (mis alkana dan alkena); ~ lantanid (Kim) siri lima belas unsur logam dlm jadual berkala, bermula dgn lantanum dan berakhir dgn lutetium; nombor ~ nombor (bilangan) yg berturut-turut.Kamus Dewan Edisi Keempat
mangkin II1. (Kim) bahan (spt platinum, yis, dll) yg dapat mengubah kecepatan sesuatu tindak balas kimia tetapi ia sendiri tidak mengalami apa-apa perubahan; 2. ki faktor (unsur dsb) yg dapat mempercepat atau me­nyegerakan berlakunya sesuatu perkem­bangan dsb: gerakan bimbingan kerjaya Malaysia boleh menjadi ~ yg merapatkan perhubungan antara majikan dan institusi pelajaran bagi menerbitkan pekerjaan; memangkinkan 1. (Kim) mempercepat tindak balas kimia dgn menggunakan mang­kin: enzim ini ~ tindak balas glukosa terhadap asid glukonik; 2. ki mempercepat sesuatu tindakan (perubahan, proses, pem­bangunan dsb): begitu juga perkembangan ilmu ~ pertumbuhan industri; langkah itu dapat ~ usaha pembinaan lebih banyak rumah kediaman; pemangkinan (Kim) pengubahan kadar tin­dak balas kimia dgn menggunakan mangkin; pemangkin faktor dsb yg mempercepat se­suatu tindakan (proses, perubahan dsb): ke-wujudan lebuh raya itu akan menjadi ~ pem-bangunan ekonomi sesuatu kawasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas