[ko.or.di.na.si] | کوءورديناسي
Definisi : saling hubungan (yg dapat melicinkan perjalanan sesuatu), jalinan pertalian (tindakan, gerakan, dsb) antara bahagian-bahagian dll yg terlibat (dlm kegiatan dll), penyelarasan: ia banyak memerlukan ~ antara berbagai-bagai pihak spt penganjur, penyanyi dan orang ramai; mengkoordinasi menyelaraskan sesuatu (aktiviti, tindakan, fungsi, dsb): Kementerian Perusahaan Awam ditubuhkan utk ~ fungsi beberapa agensi yg beroperasi di bawahnya; terkoordinasi telah (atau dapat) dikoordinasi: keadaan apabila pelbagai sistem fisiologi pd si mati tidak lagi dapat berfungsi sbg satu unit yg ~ dan bermakna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ko.or.di.na.si] | کوءورديناسي
Definisi : jalinan pertalian, tindakan dsb antara bahagian atau unsur yg terlibat dlm sesuatu kegiatan, usaha dll yg menyebabkannya berjalan lancar dan berkesan: Utk memastikan kelancaran projek itu, ~ antara berbagai-bagai pihak yg terlibat amatlah diperlukan. berkoordinasi melakukan koordinasi agar bahagian atau unsur yg terlibat dlm sesuatu kegiatan, usaha dll berjalan lancar dan berkesan: Mereka ~ dgn pejabat cawangan agar masalah itu dpt diatasi segera. mengkoordinasi mengatur atau melakukan sesuatu agar yg diusahakan berjalan lancar dan berkesan: Pihak pengurusan sedang ~ kursus kemahiran utk kakitangan baru. terkoordinasi dpt atau sudah dikoordinasi (bkn sesuatu kegiatan, usaha dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)