kuih | penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuih-kuih | kuih-muih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memasak, mempermasak | sl membuat laukpauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju; ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~ ubat membuat ubat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermasak-masak | sedang membuat laukpauk (kuih-muih dll); kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat makanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedai kopi | kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masak-memasak | cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepung pulut | tepung drpd beras pulut, digunakan utk membuat kuih-muih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tautofoni | (Lin) pengulangan dua kata berima secara berdampingan, mis kuih-muih dan kaya-raya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sehidangan | 1. satu hidangan: anak gadisnya muncul membawa ~ kopi dan kuih-muih; 2. sama hidangan (sewaktu makan): makan sehidang(an); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuih-muih | bermacam-macam jenis kuih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |