laki bini (isteri) | suami isteri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harta carian (laki bini) | = ~ suarang harta yg diperoleh suami isteri bersama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suami isteri | laki bini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harta bersama | = ~ carian (laki bini) = ~ suarang harta yg diperoleh suami isteri bersama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berganggang | 1. bercelah, merenggang: sambung kayu itu mulai ~; 2. bercerai (bkn suami isteri): laki bini itu sudah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suami | orang (lelaki) yg dikahwini seseorang perempuan, laki, lwn isteri: banyak lagi orang muda di kampung ini yg padan menjadi ~nya; ~ isteri laki bini; bersuami mempunyai suami, sudah berkahwin (perempuan): jikalau begitu sudah patutlah engkau ~; bersuamikan mempunyai seseorang sbg suami, berkahwin dgn (perempuan): anak jarahan itu tidak patut ~ tuan; dia yg ~ ahli perniagaan juga terpaksa berdepan dgn masalah keluarga; mempersuami menjadikan suami; mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan): sekarang ayahanda hendak ~ anakanda dgn orang ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganggang II | Mn 1. ruang di antara dua benda, celah: ~ pintu; 2. renggang (tidak rapat): hubungan mereka sudah mulai ~;berganggang 1. bercelah, merenggang: sambung kayu itu mulai ~; 2. bercerai (bkn suami isteri): laki bini itu sudah ~; mengganggang menjadi bercelah, merenggang: papan ~; mengganggangkan merenggangkan, menjadikan bercelah: ~ pintu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harta | barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yg dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll); ~ bawaan (pembawa, pembawaan) harta yg dibawa pd ketika berkahwin; ~ benda barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yg berharga (sbg kekayaan); ~ bersama = ~ carian (laki bini) = ~ suarang harta yg diperoleh suami isteri bersama; ~ dunia barang-barang yg tidak kekal, barang-barang duniawi; ~ hibah harta yg diberi dgn keredaan pemiliknya (sebelum dia meninggal dunia); ~ jangka panjang (Eko) benda (spt tanah, bangunan, jentera, dll) utk keperluan perusahaan dlm jangka waktu panjang, aset jangka panjang; ~ jangka pendek (Eko) wang atau benda yg mudah dijadikan wang, aset jangka pendek; ~ karun harta benda yg tidak diketahui empunyanya (pemiliknya) atau yg didapati dgn tidak sah; ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang; ~ mudah cair (Eko) benda yg mudah dijadikan wang (dijual); ~ pencarian harta benda yg didapati drpd usaha sendiri (bukan yg dipusakai); ~ (pen)dapatan harta yg dibawa oleh pihak perempuan; ~ pusaka harta warisan (harta peninggalan si mati); ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm masa perang; ~ sepencarian harta yg diperoleh drpd usaha suami isteri; ~ tanah (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yg terdapat di atasnya (spt bangunan, tanaman, balak, atau galian); ~ sungguh harta yg berupa mata benda; ~ tak sungguh (Eko) hak yg tidak berupa benda (spt hak cipta dll); ~ tidak kurang keadaan harta melebihi hutang; ~ pulang ke tuan prb sudah sangat cocok utk seseorang; berharta mempunyai harta, kaya, berada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laki | pasangan hidup kpd seseorang perempuan (agak kasar jika dibandingkan dgn perkataan suami): ~ bini suami isteri. laki-laki, lelaki 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. berlaki mempunyai laki; sudah berkahwin (bkn wanita); bersuami. berlakikan berkahwin dgn (bkn wanita); bersuamikan: Susah hidup kalau ~ orang pemalas. memperlaki mengambil jadi laki. memperlakikan mengahwinkan anak perempuan. kelaki-lakian, kelelakian 1 sifat laki-laki; tingkah laku laki-laki. 2 keberanian; kegagahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bini | (kurang halus) isteri: ~nya yg pertama telah meninggal; ~ aji sl gundik raja; ~ gahara sl isteri yg sah; ~ gelap = ~ simpan gundik (perempuan yg tidak dikahwini); ~ muda isteri kedua (ketiga, keempat); hilang ~ boleh dicari, hilang budi badan celaka prb akal itu hendaklah dipelihara, kerana jikalau akal hilang dapat membawa kebinasaan; bini-bini Br perempuan, wanita; bini-binian 1. suka berkahwin (bkn orang laki-laki), kerap kali berkahwin; 2. bini yg tidak sah, gundik; orang ~, beranak tak boleh disuruh prb pekerjaan yg tidak tetap selalu mendatangkan rugi; berbini mempunyai bini, sudah berkahwin (bkn laki-laki): sedangkan orang yg tiada berpekerjaan lagi ~, inikan pula engkau yg berpendapatan besar; apa sakit ~ janda, anak tiri boleh disuruh = elok ~ orang tua, perut kenyang pengajar dapat prb orang yg berkahwin dgn janda (perempuan tua) selalu manja pd isterinya (cemuh kpd orang berbini tua); berbinikan berkahwin dgn (bagi laki-laki); membinikan bersetubuh dgn: maksud cicak jantan tercapai, ~ cicak yg dikejarnya itu; memperbini menjadikan bini, mengahwini: saja akan diperbininya juga puteri itu oleh Patih Gajah Mada; memperbinikan mengahwinkan: anak laki-lakinya itu hendak diperbinikannya dgn anak orang kaya; pebinian Br isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |