lakuan | laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semenggah | patut, senonoh, layak; kelakuan-nya tidak ~ tidak senonoh kelakuannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berperangai | 1. mempunyai perangai, berkelakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meraban | 1. mengigau, merepek; 2. berkelakuan (berperangai) tak tentu arah: ia pun berjalanlah ~ dgn tiada tentu arah tujuannya; jangan engkau ~ dlm kampung ini, nanti kepala engkau diketuk orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyakit masyarakat (sosial) | sesuatu amalan atau perlakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masalah penagihan dadah dan rasuah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
psikologi | 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. bp kebijaksanaan memahami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghinaan mahkamah | (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) perlakuan biadab terhadap mahkamah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengada-ada | 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raban | ; bahasa ~ ark bahasa (cakap) yg tidak tentu (tidak keruan), bahasa yg bercampur aduk; meraban 1. mengigau, merepek; 2. berkelakuan (berperangai) tak tentu arah: ia pun berjalanlah ~ dgn tiada tentu arah tujuannya; jangan engkau ~ dlm kampung ini, nanti kepala engkau diketuk orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perangai | 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berkelakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |