trafik | lalu lintas (kereta, kapal terbang, dll); pegawai kawalan ~ udara pegawai yg mengawal lalu lintas di udara; polis ~ polis yg mengawal lalu lintas; ~ udara pergerakan lalu lintas pesawat udara secara teratur dlm sesuatu ruang udara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
trafik | 1 kenderaan yg lalu-lalang di jalan raya. 2 pergerakan kenderaan dsb di sesuatu tempat; lalu lintas: polis ~ polis yg mengawal lalu lintas. ~ udara pergerakan lalu lintas pesawat udara secara teratur dlm sesuatu ruang udara (angkasa). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
polis lalu lintas | polis yg mengawal keselamatan lalu lintas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
polis lalu lintas | polis yg mengawal keselamatan dan kelancaran lalu lintas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
banci I | perhitungan (bilangan penduduk, lalu lintas, dll): menurut ~ tahun 1982, penduduk negeri itu berjumlah dua juta orang;membanci 1. menghitung, mengira (penduduk, lalu lintas, dll): Pejabat Tanah sedang ~ orang yg mendirikan rumah di kawasan itu; 2. Pr membahagi sama banyak;bancian hasil drpd membanci;pembancian kerja-kerja membanci: ~ penduduk telah dijalankan di negara ini;pembanci orang yg ditugasi utk membanci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
trafik | 2 pergerakan kenderaan dsb di sesuatu tempat; lalu lintas: polis ~ polis yg mengawal lalu lintas. | Kamus Pelajar |
penerbangan | 1. perihal terbang (menerbangi, menerbangkan); 2. perjalanan dgn kapal terbang, lalu lintas kapal terbang: semua ~ dlm negeri telah dibatalkan; 3. segala yg berkaitan dgn lalu lintas udara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
polis | 1. pasukan yg menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang; 2. anggota pasukan polis, mata-mata; ~ hutan pasukan polis yg bertugas menjaga keamanan di kawasan sempadan; ~ lalu lintas = ~ trafik polis yg mengawal keselamatan lalu lintas; ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut; ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg ditugaskan utk mencegah (memberhentikan) rusuhan (tunjuk perasaan dll); ~ rahsia pasukan polis yg ditugaskan utk mencari (mengintip) rahsia; ~ simpanan pasukan polis yg diambil bertugas pd masa darurat (kecemasan dll); ~ tentera pasukan tentera yg bertugas sbg polis (mengawasi tentera); kepolisan yg berkaitan dgn polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dgn urusan (tugas dan tanggungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kpd orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lalu lintas | (pergerakan) kenderaan di jalan raya dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lalu lintas | kerap atau selalu melintas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |