Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lantak
Kata Terbitan : melantak,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lantak1. pukul (supaya masuk, padat, dll), pantak; emas ~ emas yg berbatang-batang; senapang ~ senapang yg ubat bedilnya diisi dr mulut; 2. membuat sesuatu dgn sesuka hati: biar ~ dia berbuat begitu; melantak 1. memukul kuat-kuat, mengĀ­hentam, memantak: dilantak kepalanya ke dinding; 2. bk melakukan sesuatu dgn sesuka hati (cepat-cepat, gelojoh, sungguh-sungguh dsb), menggasak: di belakang kami, mereka itu ~ sate dan semua makanan yg terhidang; melantakkan memasukkan sesuatu dgn dipukul (dipantak dll), memantakkan; lantakan; emas ~ emas lantak; senapang ~ senapang lantak; pelantak besi penghentak peluru senapang (meriam dll), tukul, antan pelocok (bomba dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
gasakikut suka (hati); biar (utk melakukan sesuatu); lantak. menggasak 1 menggosok kuat-kuat; mengganyah. 2 membuat sesuatu spt menyerang, memukul, makan dll dgn sungguh-sungguh: Dlm mesyuarat agung itu, ahli-ahli kesatuan telah ~ ahli jawatankuasa habis-habisan. Dia telah ~ semua makanan itu kerana terlalu lapar. 3 membuat sesuatu (dgn) ikut suka hati saja: Dia itu hanya tahu ~ barang-barang orang. 4 merebut dgn kekerasan: Dua orang perompak telah ~ semua barang kemas dan wangnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gasakbp ikut suka (hati), biar (utk melakukan sesuatu), lantak;menggasak 1. melantak, memukul keras-keras: ia digasak oleh lawannya hingga pengsan; 2. menghentam, mengerjakan dgn keras-keras, makan (lari dll) dgn cepat-cepat: biarlah ia ~ sendiri rojak itu; 3. merebut dgn kekerasan: dia yg ~ duit saya dr dlm saku; 4. bk bersetubuh dgn (perempuan);menggasakkan melantakkan, memasukkan (dgn keras): ~ baji.Kamus Dewan Edisi Keempat
lantak; melantak 1 memukul kuat-kuat; menghentam: Pak Ahmad ~ batang besi itu ke dlm tanah. 2 bk membuat sesuatu (makan, minum, berbelanja dsb) sesuka hati atau sepuas hati. pelantak besi penghentak peluru (pd senapang, meriam dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
lantakmelantak 1. memukul kuat-kuat; menghentam: Pak Ahmad ~ batang besi itu ke dlm tanah. 2. bk membuat sesuatu (makan, minum, berbelanja dsb) sesuka hati atau sepuas hati. pelantak besi penghentak peluru (pd senapang, meriam dll).Kamus Pelajar
luluh1. hancur menjadi serbuk, remuk; hancur ~ = ~ lantak hancur sama sekali, rosak binasa: kota itu hancur ~ akibat letupan itu; 2. = hancur ~ ki remuk-redam (hati), sedih sekali: hancur ~ rasa hatinya mendengar berita sedih itu; meluluhkan menghancurkan, meremukkan; luluhan (Geog) hancuran, remukan: semua benda galian pasir kelodak dan tanah liat terjadi drpd ~ batu; peluluhan (Geog) perihal meluluhkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gasakikut suka (hati); biar (utk melakukan sesuatu); lantak. menggasak 1. menggosok kuat-kuat; mengganyah. 2. membuat sesuatu spt menyerang, memukul, makan dll dgn sungguh-sungguh: Dlm mesyuarat agung itu, ahli-ahli kesatuan telah ~ ahli jawatankuasa habis-habisan. Dia telah ~ semua makanan itu kerana terlalu lapar. 3. membuat sesuatu (dgn) ikut suka hati saja: Dia itu hanya tahu ~ barang-barang orang. 4. merebut dgn kekerasan: Dua orang perompak telah ~ semua barang kemas dan wangnya.Kamus Pelajar
besi1 logam yg keras dan banyak sekali gunanya. 2 perkakas atau alat yg dibuat drpd besi 1: paku ~ paku yg dibuat drpd besi. ~ baja besi yg sangat keras. ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang. ~ berani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi-besi lain. ~ putih timah. ~ tempa besi yg dikeraskan dgn ditempa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
besi1. logam berwarna putih perak (bersifat magnet, mulur, tertempakan, berat, mudah berkarat) yg terdapat dlm batu igneus; 2. perkakas (alat) yg dibuat drpd besi; ~ angkor alat (besi) pemutar (utk menghidupkan enjin); ~ baja besi yg sangat keras, keluli; ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang; ~ berani = ~ semberani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik); ~ dabus alat tajam drpd besi yg digunakan dlm permainan dabus; ~ kawi besi yg mengandungi kekuatan (kesaktian); ~ kurasani = ~ kersani besi yg baik (dr Khorasan di Parsi); ~ lantai (pepat, plat, lempeng) besi yg berkeping-keping; ~ lemah besi yg lembut; ~ melela besi hitam (yg tidak berkurai); ~ merah besi yg dibakar dan merah spt bara; ~ pamor sj baja putih yg ditempa pd keris dll (yg menimbulkan kurai); ~ putih timah; ~ tanah besi yg kurang baik; ~ tempa = ~ tempaan = ~ tempawan besi yg ditempa; ~ tua senjata tajam (keris dll) yg telah usang; ~ tuang = ~ tuangan = ~ cor = ~ cetak besi yg dituang (dicetak); kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kayunya berat dan keras); ~ baik tiada berkarat (budi baik tidak dilupakan) prb perbuatan yg baik itu tetap terpuji selamanya; asal ~ pengapak kayu, asal emas menjadi penduk prb asal atau darjat seseorang ditentukan pd tingkah lakunya; dahulu parang, sekarang ~ prb dahulu sayang, sekarang benci; memegang ~ panas prb berbuat suatu pekerjaan yg tidak tetap (dgn khuatir dan ketakutan); sedencing bagai ~, seciap bagai ayam prb mengerjakan sesuatu bersama-sama (baik ringan mahupun berat); membesi spt besi (sangat keras).Kamus Dewan Edisi Keempat
besi1. logam yg keras dan banyak sekali gunanya. 2. perkakas atau alat yg dibuat drpd besi I: paku ~ paku yg dibuat drpd besi. ~ baja besi yg sangat keras. ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang. ~ berani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi-besi lain. ~ putih timah. ~ tempa besi yg dikeraskan dgn ditempa.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas