perkomputeran(computerese) | Perihal laras bahasa, istilah khusus, dan perbendaharaan kata yang digunakan dalam bidang komputer. | Kamus Komputer |
lakuan | laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laras bahasa | variasi bahasa berdasarkan penggunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dll), ragam bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa reka bentuk(design language) | 1. Bahasa pengaturcaraan yang khusus bagi mereka bentuk dengan menggunakan komputer. 2. Laras bahasa khusus yang digunakan dalam reka bentuk. | Kamus Komputer |
laras I | 1. nada (muzik, nyanyian, dll), tala; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan penggunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dll), ragam bahasa; 2. = keselarasan, kelarasan; selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva; menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu; ketidakselarasan keadaan tidak selaras; penyelarasan perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan, penyesuaian: ~ kerja; penyelaras orang yg kerjanya (ditugaskan utk) menyelaraskan sesuatu (spt rancangan, projek, dsb), koordinator; melaraskan 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan, memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dlm darah; terlaras sudah dilaraskan: sistem pengiraan cukai yg ~; pelarasan perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai penyesuaian harga sesuatu benda; pelaras 1. alat utk melaraskan (memadankan, menyesuaikan): skru ~; suis ~; 2. (Eko) orang yg menaksir, menyelaraskan dan menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lingo | 1. bahasa atau laras yg asing: dia mengerti ~ sistem yg dipakai oleh komputer itu; 2. kata atau ungkapan khusus yg biasanya digunakan dlm konteks tertentu (oleh kelompok tertentu atau bagi bidang tertentu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa pengaturcaraan(programming language) | 1. Bahasa buatan yang mempunyai tatatanda dan laras khusus bagi membolehkan pengatur cara mengarang atur cara yang dapat diterima oleh perkakasan komputer sebagai perintah yang sah untuk dilaksanakan. 2. Bahasa rekaan yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi dengan komputer lain. Biasanya bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa mesin. Sinonim bahasa komputer. | Kamus Komputer |
keformalan | perihal (keadaan, sifat dsb) formal: laras ialah penggunaan bahasa yg ditentukan oleh beberapa faktor sosial, antaranya ialah taraf ~ situasi sewaktu bahasa digunakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laku | 1. gaya (cara) membuat sesuatu, perbuatan, tabiat: begini ~mu di belakangku; 2. boleh digunakan (spt wang dll), sah: wang yg tidak bernombor tidak akan ~; 3. (suka) dibeli orang, terjual: kuih jualannya ~; batik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan pelancong; 4. dikehendaki orang utk sesuatu tujuan tertentu: hanya ketika muda ini awak ~; penyanyi itu masih ~ walaupun dia merupakan penyanyi tahun enam puluhan; selaku 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya; berlaku 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, dikuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; melakukan 1. menjalankan (tugas), membuat (kerja dll), mengerjakan: kitalah yg berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yg bukan-bukan; 2. menjadikan laku (jualan dll): janganlah ditulis semata-mata dgn sebab hendak menyedapkan dan ~ surat khabarnya sahaja; 3. = ~ diri membuat laku (spt), bertabiat atau berperangai (spt): maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya spt anak raja; memperlakukan 1. membuat sesuatu (terhadap, kpd, dll), menganggap (memandang) sbg: tak kusangka aku diperlakukan sbg makhluk yg rendah dan tidak berdarjat; 2. menjadikan berlaku, memperkenankan, meluluskan: segala titah raja diperlakukan oleh segala rakyatnya; lakuan laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; kelakuan 1. tabiat yg biasa dilakukan, perangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar berkeliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; berkelakuan membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa malu seorang dr kampungku ~ begitu; perlakuan apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu; tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual; pelaku 1. orang yg membuat sesuatu perbuatan (kerja dll), orang yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin) orang yg mengerjakan sesuatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3. orang yg berlakon, pelakon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formal | menurut peraturan (bentuk, ciri-ciri, cara, dsb) tertentu (yg sudah diterima atau yg dianggap wajar dsb), menurut aturan, menurut adat kebiasaan, rasmi: berpakaian ~; mengajar nahu secara ~; memformalkan menjadikan formal; keformalan perihal (keadaan, sifat dsb) formal: laras ialah penggunaan bahasa yg ditentukan oleh beberapa faktor sosial, antaranya ialah taraf ~ situasi sewaktu bahasa digunakan; pemformalan perbuatan (proses) memformalkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |