intensif | (inténsif) dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara ~; latihan dlm bidang penangkapan ikan laut dalam hendaklah diadakan secara ~; penggunaan tanah yg terlalu ~; ~ buruh memerlukan atau menggunakan tenaga kerja yg banyak supaya dapat menjalankan sesuatu tugas dlm jangka masa yg singkat (bkn industri dsb); ~ modal memerlukan pelaburan sejumlah besar wang utk membeli jentera moden dsb dlm proses pengeluaran sesuatu industri dsb; mengintensifkan menjadikan intensif, memperhebat, mempergiat, memperkuat; keintensifan perihal (keadaan) intensif, intensiti; pengintensifan perbuatan mengintensifkan sesuatu usaha: ~ penyelidikan sains. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajuk II | ; mengajuk 1. menduga (dalamnya laut dll): dalam laut boleh diajuk, dalam hati siapa tahu; 2. menguji utk mengetahui isi hati (perasaan, fikiran): dlm mengkaji inilah terkeluar kata-kata ~, duga-menduga; ajukan dugaan, ujian, terkaan; keajukan diketahui dalam (isi hati, perasaan); dalam sudah ~, dangkal sudah keseberangan prb telah diketahui benar isi hatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengajuk | 1. menduga (dalamnya laut dll): dalam laut boleh diajuk, dalam hati siapa tahu; 2. menguji utk mengetahui isi hati (perasaan, fikiran): dlm mengkaji inilah terkeluar kata-kata ~, duga-menduga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbenam | 1 telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2 tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terbenam | 1. telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2. tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir. | Kamus Pelajar |
menduga | 1 mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2 meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3 mencuba (utk mengetahui); menguji: Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menduga | 1. mengukur dalamnya laut (sungai dll), mengajuk: laut yg dalam boleh diduga; 2. mengagak, meneka, meramalkan, menyangka: dr tadi dia ~ yg perkara itu akan berlaku; 3. menguji, mencuba, mengukur, hendak mengetahui: kami akan menghadapi peperiksaan penggal dua yg diadakan utk ~ kedudukan pelajaran kami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duga | = batu ~ batu atau timah yg bertali utk mengukur dalamnya laut (sungai dll): tali ~ tali pengukur dalamnya laut (sungai dll). menduga 1 mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2 meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3 mencuba (utk mengetahui); menguji: Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. terduga 1 dpt diduga: Keputusan peperiksaan itu tidak ~ olehnya. 2 tersangka; terjangka: Lantikannya sbg Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas itu memang tidak ~ sama sekali. dugaan 1 sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku luar ~ saya. 2 cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. ~ Allah (Tuhan) sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang. ~ hidup cubaan atau ujian hidup. penduga alat atau perkakas utk menduga; penguji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menduga | 1. mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2. meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3. mencuba (utk mengetahui); menguji:Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. | Kamus Pelajar |
perut laut | bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |