lenggara | ark sl; melenggarakan menjaga atau memelihara sesuatu (negeri dll), menyelenggarakan: tinggallah tuan ~ negeri ini, kerana hamba hendak pergi dgn Yang Dipertuan; ®selenggara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
budak pejabat | penyelenggara pejabat, peon; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peon | (péon) budak suruhan pejabat, penyelenggara pejabat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelola | ; mengelola mengarah dan mengawal (supaya sempurna perjalanan sesuatu, spt perusahaan, pejabat, dll), mengurus, menyelenggara: pegawai-pegawai yg mengikuti kursus itu diajar cara-cara merancang, ~ dll supaya mereka menjadi pengurus yg cekap; mengelolakan mengarah dan mengawal perjalanan sesuatu (spt perusahaan, pejabat, dll), menyelenggarakan: kursus tersebut dikelolakan oleh setiausaha kesatuan itu; diperlukan seorang yg berpengalaman utk ~ perusahaan baru itu; kelolaan arahan dan kawalan, selenggaraan: susunan pentadbiran diatur semula di bawah ~ pegawai-pegawai kanan; pengelolaan perihal mengelola(kan), pengarahan dan pengawalan, pengurusan, penyelenggaraan: beliau bertanggungjawab tentang perancangan dan ~ siaran agama melalui radio; ~ ladang pengurusan (penyelenggaraan) ladang; pengelola orang yg mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pejabat | 1. bangunan (ruang, bilik, dsb) tempat bekerja atau tempat diselenggarakan pelbagai urusan: ~ syarikat itu di tingkat tiga bangunan tersebut; ~ pos; budak ~ penyelenggara pejabat, peon; ibu ~ pusat pentadbiran (kerajaan, perusahaan, pertubuhan, dll); 2. Id jabatan; 3. Id pegawai kerajaan yg memegang jawatan penting, pemegang jawatan, penjabat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jabat | ; sejabat sepekerjaan: teman ~; berjabat = berjabat tangan; menjabat 1. = menjabat tangan memegang; 2. Id memegang sesuatu pekerjaan, menjawat: Ali ~ pekerjaan itu selama dua tahun; jabatan 1. bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu: J~ Perhutanan; J~ Pengajian Melayu di Universiti Malaya; 2. Id kedudukan rasmi (dlm pemerintahan, pentadbiran, organisasi, dll), jawatan: menteri itu telah meletakkan ~nya; 3. Id tugas (dlm ilmu kaji hayat, tatabahasa, dan ilmu hisab), fungsi: imbuhan mempunyai ~ tertentu dlm tatabahasa; berjabatan Id mempunyai (memegang) jawatan, berjawatan; penjabatan jabatan; penjabat Id 1. pegawai dll yg memegang sesuatu jawatan, pemegang jawatan; 2. orang yg mengerjakan pekerjaan (atau memegang jawatan) orang lain buat sementara, pemangku (sesuatu jawatan); pejabat 1. bangunan (ruang, bilik, dsb) tempat bekerja atau tempat diselenggarakan pelbagai urusan: ~ syarikat itu di tingkat tiga bangunan tersebut; ~ pos; budak ~ penyelenggara pejabat, peon; ibu ~ pusat pentadbiran (kerajaan, perusahaan, pertubuhan, dll); 2. Id jabatan; 3. Id pegawai kerajaan yg memegang jawatan penting, pemegang jawatan, penjabat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |