Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ngit] | لڠيت

Definisi : kalah teruk (dlm permainan), tewas: Hasan bermain gasing dgn Husain, Hasan ~ memusing sahaja, lalu menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ngit] | لڠيت

Definisi : Jk cerdik, pintar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ngit] | لڠيت

Definisi : sj penyakit; pucat lesi bagai ayam kena ~ prb keadaan seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ngit] | لڠيت

Definisi : kalah teruk dlm permainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengit (adjektif)
Bersinonim dengan kalah teruk, tewas, kecundang, abu, keok, alah;,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lengitkalah teruk dlm permainan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lengit IIIsj penyakit; pucat lesi bagai ayam kena ~ prb keadaan seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit.Kamus Dewan Edisi Keempat
lengit IIJk cerdik, pintar.Kamus Dewan Edisi Keempat
lengit Ikalah teruk (dlm permainan), tewas: Hasan bermain gasing dgn Husain, Hasan ~ memusing sahaja, lalu menangis.Kamus Dewan Edisi Keempat
hitam kumbang= ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pe­kat sangat hitam, hitam benar;Kamus Dewan Edisi Keempat
pucat1. putih pudar (air muka); ~ sepucat-pucatnya pucat sungguh-sungguh; ~ cengkung pucat dan kurus (cengkung); ~ lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) pucat sungguh, pucat sekali; 2. agak putih (warna): merah-merah ~; ~ lesi bagai ayam kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit; memucatkan menyebabkan atau menjadi­kan pucat; kepucatan agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak kuning sungguh).Kamus Dewan Edisi Keempat
hitam1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: be­berapa kawasan di Pahang masih di­anggap sbg daerah ~; ~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak ber­minyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pe­kat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) ma­nggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg di­sukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg mem­bolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sen­diri; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis; ~ bagai pantat belanga prb perihal kebu­ruk­an tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg se­benarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu ada kalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah di­pisah­kan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasli­annya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya; menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih me­mandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut keli­hatan ~ menghurung nasi itu; menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hi­dung­nya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn me­ninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; kehitaman hitam sekali; kehitam-hitaman agak hitam.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas