menompokkan | meletakkan bertompok-tompok; melonggokkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyengetkan | meletakkan (menjadikan dsb) sesuatu senget; memiringkan: Ali ~ badannya ketika lalu di tempat yg sempit itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyandar | me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewalakkan | menaruh, meletakkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyentralisasikan | menyerahkan atau me-letakkan kekuasaan dll kpd pihak pusat, memusatkan (pentadbiran dsb): beberapa aspek pentadbiran dan pengurusan pendidikan kini harus disentralisasikan utk menggalakkan kreativiti dan kepelbagaian dlm pendidikan di negara ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersandar | 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menapak | 1 mengenakan atau meletakkan tapak kaki pd. 2 berjalan; melangkah: Perlahan-lahan beliau ~ kembali ke rumahnya. 3 mengukur dgn tapak kaki atau dgn tapak tangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dihukum jemur | dihukum dgn diletakkan di panas matahari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
walak | Mn ark; mewalakkan menaruh, meletakkan; terwalak terletak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sandar I | ; bersandar 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; bersandarkan bersandar pd: baginda men-jalankan pemerintahan dgn bersandarkan apa yg telah dipelajarinya; sandar-menyandar saling bersandar, tolong-menolong, bantu-membantu: kerjasama dan bantu-membantu dlm masyarakat orang yg beriman itu, samalah spt hubungan yg rapat dan ~ yg erat sesebuah bangunan; menyandari mengadakan (memasang, me-ngenakan) tempat utk bersandar, memberi tempat bersandar, menopang (menyangga, menyokong, dll): maka Sultan Mahmud Shah pun minta sandari pd Seri Nara Diraja; menyandarkan 1. meletakkan (membiarkan dll) bersandar pd: seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~ rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan: dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air; sandaran 1. = persandaran, penyandar tempat bersandar atau utk menyandarkan sesuatu: akhirnya orang muda itu mengampai ke ~ kerusinya; 2. bantuan, sokong-an: mereka berdoa memohon ~ drpd Tuhan; ini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~ sejarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |