kutub I | 1. hujung paksi atau gandar (bumi dll); 2. (Fiz) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif; 3. (Fiz) pengalir atau litar yg membawa arus masuk; ~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pd kedua-dua hujung paksi bumi; K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi; ~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yg paling kuat kuasa penariknya; ~ negatif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); ~ positif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+); K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi; bintang ~ bintang yg kelihatan di atas kutub bumi; berkutub ada kutubnya (bkn sel dll); kekutuban (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif; pengutuban 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litaran tertutup | (Fiz) litar elektrik yg lengkap dan membolehkan arus mengalir apabila voltan dibekalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutub positif | (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutub negatif | (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
impedans | (impédans) (Fiz) rintangan litar elektrik terhadap pengaliran arus ulang-alik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wayar bumi | wayar yg menghubungkan litar elektrik dgn bumi (utk tujuan keselamatan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bekalan kuasa(power supply) | Litar elektrik yang berfungsi menyalurkan kuasa elektrik kepada litar komputer. | Kamus Komputer |
litar tuil besi(crowbar circuit) | Litar elektrik yang melindungi sistem komputer daripada pusuan voltan tinggi yang berbahaya. | Kamus Komputer |
suis | alat penghubung atau pemutus litar elektrik, alat (yg dipetik) utk menyalakan atau memadamkan lampu elektrik; ~ lampu pemetik lampu; pensuisan proses atau kaedah memasang suis sesuatu: litar ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aruhan | (Fiz) sifat sesuatu litar elektrik yg beroleh daya gerak elektrik akibat perubahan arus dlm litar yg sama atau dlm litar lain yg berdekatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |