demikian | begitu, begini, seperti itu (ini); ~lah halnya begitulah halnya; oleh yg ~ oleh (hal) yg begitu; dlm ~ itu ketika itu; tak ~ mahal tidak begitu mahal; sedemikian seperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
benar | 1 tidak salah; tidak keliru; betul: Hitungan yg dibuatnya itu ~. 2 amat; sangat, sungguh; sekali: Mahal ~ buku ini. membenarkan 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. kebenaran 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. pembenaran perbuatan atau hal membenarkan. sebenarnya 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
benar | 1. tidak salah; tidak keliru; betul: Hitungan yg dibuatnya itu ~. 2. amat; sangat; sungguh; sekali: Mahal ~ harga buku ini. membenarkan 1. menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2. memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. kebenaran 1. sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2. kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3. keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. pembenaran perbuatan atau hal membenarkan. sebenarnya 1. sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2. memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. | Kamus Pelajar |
kalah | 1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg menurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang; ~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll); mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan mendapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; terkalahkan dapat dikalahkan; kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |