Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makan-

Puisi
 

Buah nanas makan berkupas,
     Makan berkupas dalam perahu;
Tuan panas siapa mengibas,
     Panaslah juak tuan badanmu.


Lihat selanjutnya...(299)
Peribahasa

Anjing biasa makan tahi,
     jika tak makan mencium ada juga.

Bermaksud :

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).

 

Lihat selanjutnya...(141)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sahurberjaga; makan ~ makan selepas waktu tengah malam sebelum terbit fajar dlm bulan Ramadan (juga dlm bulan lain bagi orang yg hendak berpuasa); bersahur makan sahur: pagi itu saya tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berulammakan nasi dgn ulam: saya suka makan ~; makan ~ ki sudah beristeri;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpestabersuka ria (dgn makan-makan, berdansa, dll): mereka ~ sahaja selepas kejayaan itu; ~ pora berpesta besarKamus Dewan Edisi Keempat
berpesta-pestabersuka ria (dgn makan-makan, berdansa, dll): mereka ~ sahaja selepas kejayaan itu; ~ pora berpesta besarKamus Dewan Edisi Keempat
renggahKd besar (ketawa dll), banyak, sangat; dia ~ gelak dia gelak besar; ~ makan makan banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
sehidangan1. satu hidangan: anak gadisnya muncul membawa ~ kopi dan kuih-muih; 2. sama hidangan (sewaktu makan): makan sehidang(an);Kamus Dewan Edisi Keempat
lahap1. suka makan banyak-banyak (dan tidak pula cerewet tentang makan), gelojoh, rakus: dia terlalu ~; 2. gelojoh (bkn makan), banyak­-banyak (apabila makan): dimakannya nasi yg di atas meja itu dgn ~; melahap bk makan dgn gelojoh, makan banyak-banyak; pelahap 1. orang yg makan banyak-banyak (dgn gelojoh): ~ benar budak itu; 2. ki tamak, serakah.Kamus Dewan Edisi Keempat
sosoh IIMn; bersosoh = berperang ~ = pe­rang ~ berperang serang-menyerang (langgar­-melanggar) dgn hebatnya; menyosoh 1. menyerang atau melanggar serentak (bersama-sama); 2. melakukan sesuatu dgn banyak (berlebih-lebih); ~ makan makan dgn banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
selera I(seléra) 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ = membangkitkan ~ menimbulkan nafsu ma­kan; patah ~ hilang selera; 2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan; ~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan; berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; menyelerakan memberikan (mendatang­kan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kenyangtidak berasa lapar kerana sudah makan; sudah puas makan: Kami diberinya makan sampai ~. mengenyangkan memberikan makanan sampai seseorang kenyang; menjadikan atau menyebabkan kenyang. kekenyangan 1 keadaan (perihal) kenyang. 2 terlalu kenyang hingga berasa tidak selesa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas