kian I | 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas; sekian 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan; 2. = sekian-sekian yg tertentu (hari, angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari; 3. sehingga: bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna; berkian-kian terlalu banyaknya, banyakbanyak: harta dunia yg ~ banyaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kian | makin (bertambah): Kita hidup ~ hari ~ tua. sekian 1 sebanyak itu (ini); sebegitu; sedemikian: ~lah yg dpt saya ceritakan kpd tuan-tuan sekalian. 2 = sekian-sekian tertentu (bkn hari, bilangan dll): Dia akan datang pd ~ hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kian | makin (bertambah): Kita hidup ~ hari ~ tua. sekian 1. sebanyak itu (ini); sebegitu; sedemikian:~lah yg dpt saya ceritakan kpd tuan-tuan sekalian. 2 = sekian-sekian tertentu (bkn hari, zaman dll):Dia akan datang pd ~ hari. | Kamus Pelajar |
berbesar-besar | menjadi-jadi, makin bertambah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malahan | 1. bahkan, kian (bertambah), makin (bertambah): bukan itu sahaja, ~ aku sanggup berbuat apa sahaja utk menolong engkau; hujan yg kelihatan reda sebentar tadi ~ lebih lebat sekarang; 2. padahal, sedangkan: jangankan hendak pergi, ~ bergerak dr tempat duduknya pun tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesukaran | 1. perihal sukar, kesulitan, kesusahan: ~nya makin bertambah; 2. menderita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelarutan | perihal larut atau melarut: ~ sesuatu benda itu makin bertambah apabila suhunya ditinggikan lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggunaan | perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cekal hati | tetap (teguh) hati, tahan menderita, tabah: hatinya makin bertambah-tambah tetap dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekal I | tetap (teguh) hati, tahan menderita, tabah: hatinya makin bertambah-tambah tetap dan ~; mencekalkan; ~ hati menjadikan hati cekal, menabahkan hati; kecekalan ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |