pengurus pustaka(library manager) | Orang atau atur cara khas yang menyelenggarakan atur cara pustaka yang disimpan dalam sistem. | Kamus Komputer |
pengurus fail(file manager) | 1. Atur cara pengurusan pangkalan data asas yang boleh digunakan untuk menguruskan fail kecil. 2. Atur cara eksekutif sistem talian langsung yang digunakan untuk menguruskan fail dalam sistem. | Kamus Komputer |
pengurus pemprosesan data(data processing manager) | Orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pusat pemprosesan data atau pusat kemudahan komputer. | Kamus Komputer |
pengurus pangkalan data(data base manager) | Atur cara yang membolehkan pengguna memasukkan, menyusun, mengisih, dan mendapatkan semula rekod dalam pangkalan data. | Kamus Komputer |